Untuk memiliki sesebuah peranti Apple sememangnya memerlukan sejumlah wang yang besar. Oleh itu, sebahagian pengguna lebih selesa membeli menerusi pelan bayaran bulanan yang ditawarkan oleh syarikat telekomunikasi mahu pun pihak ketiga.
Namun begitu, terdapat laporan oleh Bloomberg bahawa Apple sedang meneliti untuk hadir dengan pelan langganan peranti. Dengan langkah ini, pengguna boleh melakukan pembayaran secara bulanan untuk mendapatkan akses kepada iPhone atau pun iPad yang diminati.
Hal ini sekaligus akan menggurangkan kos seseorang pengguna mengeluarkan wang bagi memiliki sesebuah iPhone malah pada masa yang sama dapat memastikan mereka berada di dalam ekosistem Apple lalu terus menggunakannya pada jangka masa panjang.
Dikatakan juga mereka akan menawarkan pelan ini akan terikat dengan pelan Apple Care dan bundle servis digital lain. Malah, Apple juga merancang untuk membenarkan pelanggan membeli produk tersebut dengan Apple ID dan akaun App Store yang sama yang mereka gunakan untuk membeli aplikasi atau melanggan servis bulanan.
Projek ini dikatakan masih berada pada peringkat pembangunan dan perancangan awal sahaja. Sekiranya berjalan lancar, ia mungkin diperkenalkan seawal penghujung 2022 atau pada tahun 2023 kelak. Pengenalan ini dijangka akan memastikan Apple menjana pendapatan berulang setiap bulan sekaligus memaksimumkan pendapatan serta meramaikan pengguna baharu.
Tahukah anda dengan usaha tidak sertakan aksesori bersama kotak iPhone, Apple mampu menjimatkan wang sebanyak RM27.25 bilion?
Gara-Gara Tidak Lagi Sertakan Aksesori Bersama Kotak iPhone, Apple Berjaya ‘Jimat’ RM27.25 Bilion
Lelaki Ini Bongkar Rahsia Rekaan Kotak iPhone Yang Mampu Buatkan Para Pembeli Teruja