Berbaki kurang lebih dua minggu sahaja lagi sebelum Apple melancarkan model terbaru mereka terdiri daripada siri iPhone 12. Menerusi pelancaran pada kali ini, Apple nampaknya sekali lagi bakal melancarkan beberapa iPhone secara serentak.
Berdasarkan ura-ura terbaru, sebanyak empat model iPhone bakal dilancarkan sekitar September ini manakala sebuah lagi iPhone daripada siri iPhone 12 bakal dilancarkan pada Mac 2021.
Empat model yang bakal dilancarkan ini terdiri daripada iPhone 12 5.4-inci, iPhone 12 6.1-inci, iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max. Dari segi spesifikasi, iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max masing-masing bakal dilengkapi dengan saiz skrin 6.1-inci dan 6.7-inci.
Processor yang bakal digunakan pada kesemua model siri iPhone 12 ini adalah A14 Bionic. Empat model terawal yang bakal dilancarkan pada tahun ini dijangka hadir dengan sokongan 5G manakala model yang bakal dilancarkan pada awal tahun hadapan pula bakal hadir dengan harga yang lebih rendah dengan penawaran skrin LCD beserta sokongan 4G sahaja.
iPhone 12e – coming March 2021
(Name not confirmed)
– LCD 5.4", 6.1’’
– 4G (LTE)
– FaceID
– A14 Bionic
– 4GB RAM
– Dual 12MP Camera
– 5.4"- 549$, 6.1’’- 649$– Concept designer: @aaple_lab
– Source: @aaple_lab, @omegaleaks
– Tags: #Leaks #Concept #IPhone12 #AppleTV #TV6 pic.twitter.com/oHK3npVJlS— Kostya Konovalov (@aaple_lab) July 24, 2020
Setakat ini masih lagi belum diketahui harga rasmi bagi model-model terbaru yang bakal dilancarkan Apple. Dalam pada itu, para penganalisa Apple menjangkakan harga yang sama seperti siri iPhone 11 bakal dikekalkan buat siri iPhone 12 terbaru ini.
Lihat juga perbandingan saiz iPhone 12 berbanding iPhone 7 dan iPhone SE.
https://www.thevocket.com/lihat-perbandingan-saiz-iphone-12-berbanding-model-iphone-7-dan-se/
https://www.thevocket.com/iphone-6s-fornite/