Apple Dijangka Perkenalkan iPhone SE2 Pada Awal Tahun 2020

Sejak mula diperkenalkan, rekaan iPhone 5,5S dan SE seringkali menjadi pilihan pengguna berikutan rekaannya yang moden dan selesa untuk digunakan.

Terbaharu, setelah beberapa ura-ura yang diumumkan sebelum ini, difahamkan Apple akan melancarkan iPhone SE2 pada pawal tahun 2020. Model terbaru ini dikatakan akan menggunakan rekaan iPhone 8 dengan penyertaan saiz skrin 4.7-inci serta home button.

Sumber: Digital Trends

Menariknya, Apple mensasarkan model terbaru ini dengan harga yang lebih rendah bagi membolehkan orang ramai berpeluang mendapatkan iPhone yang lebih mampu milik. Meskipun menawarkan harga yang lebih rendah, difahamkan model dengan saiz kecil ini dijangka akan menawarkan prestasi yang sama seperti iPhone 11 berdasarkan pengunaan processor A13 Bionic.

Sekiranya Apple berjaya merealisasikannya, pastinya model ini bakal dijual dengan laris khususnya buat pengguna yang sudah lama menantikan iPhone dengan saiz skrin kecil ini.

Sementara menantikan Apple iPhone SE2, kami kongsikan kepada kehebatan iPhone 11 Pro yang berjaya membuatkan orang ramai teruja. Dalam perkembangan lain, terdapat seorang ‘pak cik’ telah disindir untuk memfokuskan kepada ibadah berikutan beliau menjadi yang terawal memiliki iPhone terbaru. 

https://www.thevocket.com/tonton-kehebatan-kualiti-video-apple-iphone-11-pro-dalam-rakaman-4k/

https://www.thevocket.com/ini-mungkin-rekaan-apple-iphone-keluaran-2020/

https://www.thevocket.com/disindir-kerana-beli-iphone-11-pak-cik-ini-sebenarnya-doktor-pakar-kelantan/

Sumber
Exit mobile version