MacBook Pro telahpun diperlihatkan kepada umum pada tempoh hari lepas dengan rekaan skrin yang bertakuk padanya. Malah, dikatakan orang ramai sudah menjangkakan kehadiran skrin bertakuk sebelum daripada pelancaran rasmi lagi oleh kerana desas-desus yang tular mengenainya sebelum ini.

Kini hadir pula desas-desus yang mendakwa Apple bakal membawakan ciri skrin bertakuk tersebut pada peranti iMac pula. Desas-desus ini mula timbul apabila terdapat aplikasi paten Apple pada Mac 2020 lalu yang memperlihatkan lakaran sebuah rekaan iMac yang lengkap dengan takuk.

Sumber Gambar: Patently Apple

Kehadiran takuk dijangka bakal membolehkan Apple mengintegrasikan sokongan ciri pengimbasan wajah menerusi Face ID yang sekaligus boleh dipakai untuk pelbagai tujuan lain pada masa kelak. Akan tetapi, MacBook Pro terkini juga masih belum mempunyai sokongan Face ID untuk memudahkan akses masuk menerusinya setakat ini.

Perkembangan terbaru ini mungkin menjadi penunjuk kepada rekaan iMac pada masa kelak mungkin terdapat takuk kerana ia sudah berada dalam perancangan Apple sejak tahun lepas lagi. Walau bagaimanapun, sama-sama kita nantikan sekiranya pihak Apple benar-benar membawakan rekaan skrin bertakuk ataupun sebaliknya untuk model iMac baharu kelak.

Dikhabarkan kini kain lap Apple dijangka bakal diterima pengguna seawal tahun hadapan disebabkan permintaan yang tinggi di seluruh dunia.

Terima Permintaan Tinggi, Kain Lap Apple Dijangka Bakal Diterima Pengguna Seawal Tahun Hadapan

Apple MacBook Pro Dengan Pilihan Spesifikasi Tertinggi Ditawarkan Dengan Harga RM25,199