Apple Dijangka Bakal Lancarkan iPhone 12 Pada 13 Oktober Ini

Sekiranya anda mengikuti perkembangan Apple serta pelancaran Apple iPhone, pastinya anda cukup tahu syarikat ini cukup sinonim dengan melancarkan model terbaru mereka pada setiap bulan September.

Namun lain ceritanya pada tahun ini apabila Apple telah mengadakan dua acara berbeza secara dalam talian dimana jenama ini terlebih dahulu melancarkan iPad dan Apple Watch generasi baharu pada bulan September manakala Apple iPhone baharu pada bulan Oktober

Menerusi ura-ura baharu yang dikongsikan oleh Jon Prosser selaku individu yang kerap berkongsi tentang berita Apple memaklumkan siri iPhone 12 bakal dilancarkan pada 13 Oktober 2020.

 

Para pengguna di negara nampaknya tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan iPhone generasi baharu ini dimana pra-tempahan dibuka pada 16 Oktober dan sedia untuk ditawarkan pada 23 Oktober 2020.

Mereka yang berminat dengan iPhone 12 Pro dan iPhone 12 Pro Max pula nampaknya perlu menunggu lebih lama sehingga November sebelum mula ditawarkan secara rasmi di pasaran.

Selain itu, Apple dijangka bakal memperkenalkan iPhone dengan saiz skrin terkecil pada siri iPhone 12 yang bakal dinamakan sebagai iPhone 12 Mini. Model dengan saiz skrin 5.4-inci ini dijangka hadir dengan rekaan yang lebih kecil berbanding iPhone dengan saiz skrin 4.7-inci.

Sama-sama kita nantikan pelancaran rasmi Apple yang dijangka bakal berlangsung pada 13 Oktober ini. Buat anda yang berminat untuk menjadi yang terawal memilikinya, berbaki sekitar dua bulan sahaja lagi penantian sebelum iPhone 12 ditawarkan secara rasmi.

Berdasaran ura-ura sebelum ini, Apple iPhone 12 dijangka bakal ditawarkan dengan harga sekitar RM2,749.

https://www.thevocket.com/apple-iphone-12-bakal-ditawarkan-dengan-harga-sekitar-rm2749/

https://www.thevocket.com/hampir-pasti-inilah-rekaan-dan-spesifikasi-yang-bakal-ditawarkan-iphone-12-pro/

 

Exit mobile version