Sudah menjadi satu kebiasaan mengalami masalah bateri cepat habis lebih-lebih lagi setiap kali kemas kini dilancarkan. Walaupun bukan semua mengalaminya, masih terdapat segelintir pengguna “terpilih” yang turut berkongsi pengalaman yang sama sekaligus memberi kesan kepada penggunaan menerusinya.
Berkaitan isu kemas kini iOS 15.4 yang diperkatakan terdapat isu bateri cepat habis, Apple Support telah memberi respon kepada salah seorang pengguna yang meluahkan rasa kecewanya tentang bateri yang turun sebanyak 5% dalam masa 10 minit penggunaan.
Thanks for reaching out! We'll be happy to help. It's normal for your apps and features to need to adjust up to 48 hours after an update.
Let's have you reach out to us in a DM if this is still an issue after that time so we can help you look into this further.
— Apple Support (@AppleSupport) March 19, 2022
Khidmat pelanggan Apple menerangkan bahawa ia perkara biasa setiap kali selepas kemas kini kerana sistem operasi cuba menyesuaikan diri dengan versi terbaru. Perkara ini akan mengambil masa sehingga 48 jam sebelum semuanya kembali seperti sediakala.
Seperti yang perkara yang sudah diterangkan di atas, situasi ini akan berlaku pada mana-mana kemas kini dan ia akan terjadi pada masa kelak juga. Jadi, anda jangan panik sekiranya melihat bateri cepat kehabisan selepas menaik taraf, perkara ini akan beransur pulih selepas 48 jam untuk sistem menjadi lebih serasi dan diatur semula.
Sementara itu, Apple juga dikatakan sedia menawarkan pelan langganan bulanan buat peranti iPhone dan iPad seawal penghujung 2022 atau tahun berikutnya.
Apple Dijangka Tawarkan Pelan Langgan Bulanan Buat Peranti iPhone Dan iPad
Gara-Gara Tidak Lagi Sertakan Aksesori Bersama Kotak iPhone, Apple Berjaya ‘Jimat’ RM27.25 Bilion