Sudah menjadi satu kebiasaan mengalami masalah bateri cepat habis lebih-lebih lagi setiap kali kemas kini dilancarkan. Walaupun bukan semua mengalaminya, masih terdapat segelintir pengguna “terpilih” yang turut berkongsi pengalaman yang sama sekaligus memberi kesan kepada penggunaan menerusinya.

Berkaitan isu kemas kini iOS 15.4 yang diperkatakan terdapat isu bateri cepat habis, Apple Support telah memberi respon kepada salah seorang pengguna yang meluahkan rasa kecewanya tentang bateri  yang turun sebanyak 5% dalam masa 10 minit penggunaan.

Khidmat pelanggan Apple menerangkan bahawa ia perkara biasa setiap kali selepas kemas kini kerana sistem operasi cuba menyesuaikan diri dengan versi terbaru. Perkara ini akan mengambil masa sehingga 48 jam sebelum semuanya kembali seperti sediakala.

Seperti yang perkara yang sudah diterangkan di atas, situasi ini akan berlaku pada mana-mana kemas kini dan ia akan terjadi pada masa kelak juga. Jadi, anda jangan panik sekiranya melihat bateri cepat kehabisan selepas menaik taraf, perkara ini akan beransur pulih selepas 48 jam untuk sistem menjadi lebih serasi dan diatur semula.

Sementara itu, Apple juga dikatakan sedia menawarkan pelan langganan bulanan buat peranti iPhone dan iPad seawal penghujung 2022 atau tahun berikutnya.

Apple Dijangka Tawarkan Pelan Langgan Bulanan Buat Peranti iPhone Dan iPad

Gara-Gara Tidak Lagi Sertakan Aksesori Bersama Kotak iPhone, Apple Berjaya ‘Jimat’ RM27.25 Bilion