Umum tahu trend jenama Apple dimana syarikat ini bakal menamatkan penjualan produk yang pada mereka tidak lagi releven untuk dijual. Sewaktu pelancaran iPhone XS dan XR, Apple secara tidak langsung telah menamatkan penjualan iPhone X, iPhone SE dan iPhone 6s.
Walaubagaimanapun, keputusan yang dibuat Apple ini nampaknya tidak lama apabila setelah beberapa bulan iPhone X diumumkan bakal dijual kembali dan terbaru iPhone SE bakal turut mengikuti langkah yang sama.
Apple iPhone SE pada pendapat kami masih releven untuk digunakan sekiranya anda sedang mencari telefon pintar berskrin kecil, menjalankan iOS serta hadir dengan headphone jack.
Sebelum ini, Apple turut mengumumkan penjualan iPhone sejak akhir-akhir ini agak rendah yang mungkin mendorong jenama ini untuk menjual model lama mereka kembali.
Difahamkan penjualan iPhone SE setakat ini mula ditawarkan di Apple Amerika Syarikat terlebih dahulu. Masih belum diketahui sama ada pengedar Apple di Malaysia bakal turut mengikuti trend yang sama mahupun tidak.