Pengenalan #ShotOniPhone bukanlah sesuatu yang baru bagi Apple. Menggunakan gambar pengguna iPhone yang diambil untuk dipaparkan pada papan iklan sudah menjadi kebiasan bagi syarikat ini.

Walaubagaimanapun, pengenalan Apple melalui peraduan #ShotOniPhone pada tahun ini mendapat rungutan daripada pengguna iPhone yang berpendapat Apple secara tidak langsung telah mengambil hak mereka dimana gambar pemenang digunakan untuk tujuan pemasaran.

https://twitter.com/turnislefthome/status/1088077131576426496?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1088077131576426496&ref_url=https%3A%2F%2Fhypebeast.com%2F2019%2F1%2Fapple-shot-on-iphone-challenge-licensing-fee-compensation

Rungutan yang dibuat ini ternyata turut menjadi ikutan ramai sekaligus membuatkan Apple mengubah polisi terbaru mereka melalui peraduan yang dijalankan.

Melalui keputusan terbaru yang dibuat Apple, syarikat ini bersetuju untuk menawarkan royalti kepada 10 pemenang peraduan #ShotOniPhone untuk tahun 2019. Sekiranya anda mempunyai gambar yang menarik untuk dikongsi, anda boleh kongsikannya untuk menyertai peraduan ini dengan hashtag #ShotOniPhone di Instagram atau Twitter.

Baca lagi: Apple Sekali Lagi Anjurkan Cabaran ‘Shot On iPhone’

Sumber