Apple Lancarkan AirTag Bagi Memudahkan Pengguna Mencari Barang Dengan Mudah

Lama dinantikan peminat, Apple pada tahun ini akhirnya telah melancarkan acara pertama mereka pada tahun ini menerusi acara atas talian bertemakan Spring Loaded.

Menerusi acara pada tahun ini, produk yang bermula dengan sekadar ura-ura telah dilancarkan Apple secara rasmi iaitu Apple AirTag. Menerusi Apple AirTag, anda berpeluang meletakkannya pada produk kesayangan anda membolehkan anda mudah mencarinya dengan mudah hanya menggunakan iPhone.

Hadir dengan cip U1, kalis debu dan air serta speaker terbina membolehkan proses pencarian barang lebih mudah dan tepat menerusi fungsi Precision Finding.

Mengulas dari segi harga, Apple AirTag sedia ditawarkan dengan harga $29 (~RM119.35) melalui tempahan mengikut emoji atau tulisan pilihan anda. Apple turut menawarkan tawaran empat AirTag dengan harga yang lebih berbaloi iaitu $99 (~407.43).

Sekiranya anda seorang yang berada dalam ekosistem Apple serta mahu pastikan barang kesayangan anda tidak kehilangan, Apple AirTag pastinya menjadi pilihan.

Sebelum ini air terjun di Pahang tular di media sosial selepas rakaman slow-mo daripada anak muda tempatan ini menjadi pilihan Instagram Apple.

https://www.thevocket.com/rakaman-slow-mo-air-terjun-di-pahang-pula-jadi-pilihan-instagram-apple/

https://www.thevocket.com/hanya-kerana-logo-apple-senget-iphone-11-pro-ini-dijual-pada-harga-rm11169/

Exit mobile version