Semenjak khabar Apple AirPods 2 bakal menemui pengguna tidak lama lagi, pelbagai ciri khas aksesori tersebut mula diperekatakan. Terbaharu satu lagi ciri dikhabarkan bakal disertakan iaitu Siri seperti yang terdapat di peranti Apple yang lain.

Menerusi maklumat baharu yang tertiris bantuan “Hey Siri” hanya akan berfungsi dengan pengecaman suara pemilik aksesori tersebut sendiri. Sebelum menggunakan ciri ini, pengguna haruslah mendaftar pengecaman suara melalui peranti Apple.

Ciri ini dikhabarkan hanya akan berfungsi dengan sokongan sistem iOS 12.2 beta yang baharu sahaja dikemaskini. Khabar mengenai ciri ini menguatkan lagi keyakinan pengguna mengenai kehadiran produk ini di pasaran dalam masa terdekat.

Baca: Apple AirPods 2 Bakal Berada Di Pasaran Tidak Lama Lagi