Apple AirPod 2 Bakal Berada Di Pasaran Tidak Lama Lagi

Apple AirPod 2 dijangka akan mula memasuki pasaran dalam 6 bulan pertama tahun ini. AirPod 2 versi kemaskini ini dikatakan bukan sahaja berperanan sebagai aksesori audio semata-mata tetapi juga akan menjadi alat untuk merekod aktiviti kesihatan.

Ciri fitness tracker yang dilengkapi dengan sensor biometrik tersebut disahkan berdasarkan patent yang dikeluarkan oleh pihak Apple Julai tahun lalu. Ciri ini tentu sangat sesuai untuk pengguna peranti Apple yang aktif melakukan aktiviti fizikal sambil mendengar lagu. Laporan aktiviti yang dicatatkan AirPod 2 boleh disemak semula melalui Apple Watch atau mana-mana peranti Apple yang sudah menerima kemaskini yang menyokong ciri ini.

AirPods 2 ini juga dikhabarkan mempunyai ciri kalis air dan mempunyai ciri noise-cancelling serta komunikasi bersama Siri yang telah ditambah baik. Jika anda dalam perancangan untuk membeli AirPod, mungkin anda boleh tunggu dahulu versi kedua ini yang lebih baik daripada generasi pertama.

Exit mobile version