Adakah anda sudah jemu berjalan-jalan dalam pusat membeli-belah takkala hari cuti menjelma? Pasti aktiviti yang sering anda lakukan adalah menonton wayang, membeli-belah dan pelbagai lagi.
Sebenarnya dalam Malaysia ini banyak aktiviti yang anda boleh lakukan seperti parangliding di Bukit Jugra, Sky Mirror di Kuala Selangor dan banyak lagi. Banyak aktiviti yang anda tidak explore dan mungkin anda sendiri tidak tahu.
Kini, CiEdge telah lancarkan satu aplikasi XTVT yang akan memudahkan anda untuk melancong dalam negara dan membolehkan anda untuk explore tempat dan aktiviti yang menarik. Makin mudah untuk anda merancang aktiviti bersama keluarga melakukan aktiviti lain daripada yang lain.
Aplikasi XTVT ini terdiri daripada pelbagai segmen yang berbeza iaitu makanan, pantai, menyelam, memanjat, budaya, taman permainan, alam semulajadi, taman tema, muzium dan galeri, tempat membeli-belah dan lain-lain, menjadikannya aplikasi yang merangkumi semua dan mesra pengguna.
Selain itu, aplikasi ini juga mempunyai keupayaan untuk menavigasi pengguna ke ‘hotspot’ pelancong terdekat dengan merujuk kepada peta dan merancang perjalanan anda. Malah, anda juga membeli tiket masuk dan membuat tempahan di tempat-tempat yang memerlukan hos komuniti setempat untuk membolehkan anda merasai pengalaman seperti orang tempatan.
Pastinya aplikasi ini berguna kepada anda yang sering kering idea dan ingin mencari pengalaman baru sambil melancong. Malah, aplikasi ini juga pastinya akan berguna kepada pelancong luar yang ingin melancong dalam negara dan aplikasi ini akan menarik lagi minat pelancong melakukan aktiviti berbeza dan membantu ekonomi komuniti setempat.