Gaya hidup golongan bekerjaya kini yang gemar melancong dan mengembara ke negara lain bukanlah suatu perkara yang asing lagi. Sebagai umat Islam, salah satu aspek yang perlu dititik beratkan ketika melancong ialah mencari makanan halal.

Kini dengan penggunaan telefon pintar, proses semakan status halal sesuatu produk menjadi lebih mudah. Pengguna boleh memuat turun aplikasi ‘WhatsHalal’ di Google Play dan AppStore. Aplikasi yang dicipta oleh Azman Ivan Tan dan Salehin Amat Kamsin dari negara jiran, Singapura memudahkan pengguna untuk menyemak status halal produk dengan hanya mengimbas barcode atau senarai kandungan bahan.

Whats-Halal

Aplikasi yang bakal dilancarkan hujung April ini juga disertakan dengan senarai restoran halal terdekat mengikut lokasi semasa pengguna. Aplikasi ini sedang dalam proses penerimaan data sehingga 50,000 senarai makanan dan senarai bahan kandungan halal mengikut badan perkhidmatan halal Singapura.