Aplikasi Maybank MAE Sahkan Hanya Menyokong Android 9 Serta iOS 13 Dan Ke Atas Sahaja Mulai April Ini

Aplikasi Maybank MAE sememangnya memudahkan para pengguna dalam pelbagai urusan berkaitan perbankan di dalam talian. Pelbagai kemas kini dari semasa ke semasa bakal ditambah untuk memberi pengalaman penggunaan yang lancar serta sekuriti yang lebih baik.

Sehubungan itu, Maybank telah menghebahkan tentang aplikasi Maybank MAE yang akan hanya menyokong sistem operasi Android 9 dan terkini serta iOS 13 dan ke atas bermula April 2022. Sementara pengguna Huawei, anda masih boleh menggunakan seperti biasa kerana tiada sebarang perubahan akan berlaku pada sistem HarmonyOS.

Sumber Gambar: Maybank2u

Perubahan ini adalah sebahagian usaha untuk memastikan mereka akan terus menawarkan sokongan terkini dalam masa yang sama memberi pengalaman perbankan yang selamat. Oleh itu, pengguna perlu menggunakan peranti Android yang berasaskan Android 9 ke atas atau peranti Apple berasaskan iOS 13 dan ke atas untuk kekal menggunakan aplikasi MAE.

Jika anda sudah mengemas kini sistem operasi terkini pada peranti yang digunakan, anda tidak akan terjejas dengan perubahan ini dan boleh gunakan aplikasi MAE seperti biasa. Maybank juga telah menyatakan bahawa MAE tidak akan boleh digunakan pada mana peranti yang tidak menggunakan versi sistem operasi minima itu selepas April 2022 kelak.

Sebagai pengguna Maybank, tahukah anda juga boleh keluarkan duit tanpa gunakan kad di mesin ATM? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Mudah Dan Pantas, Ketahui Cara Keluarkan Duit Tanpa Gunakan Kad Di Mesin ATM Maybank

Lelaki Ini Kongsikan Cara Ganti Kad Debit Maybank Dengan Mudah Menerusi Kiosk Sahaja

Sumber
Exit mobile version