Apple Watch sememangnya serba lengkap dengan pelbagai fungsi dan aplikasi untuk kegunaan seharian. Walaupun mampu menjalankan sejumlah aplikasi, jam pintar Apple masih boleh belum mampu digunakan untuk menonton video seperti di YouTube.

Kini akhirnya anda boleh berbuat sedemikian menerusi aplikasi WatchTube. WatchTube ini boleh berfungsi seperti YouTube yang mana boleh memainkan video pada skrin yang lebih kecil.

Aplikasi ini direka khas untuk Apple Watch yang membolehkan anda membuat carian sebarang video dengan menggunakan papan kekunci dan dimainkan pada jam tersebut.

Sumber Gambar: WatchTube

Anda boleh menggunakan aplikasi ini seperti YouTube termasuklah melihat senarai sejarah video tontonan, paparan captions, membuat carian video yang diminati dan banyak lagi. Untuk menggunakan WatchTube, anda hanya perlu memastikan Apple Watch menjalankan WatchOS 6 dan keatas.

Buat anda yang memiliki Apple Watch yang menjalankan WatchOS 6, kini anda boleh memuat turun secara percuma menerusi App Store hari ini. Ramai yang berpuas hati dengan aplikasi yang mana sangat lancar dan masih praktikal untuk menonton video pada pergelangan tangan sahaja.

Sementara kemas kini iOS 16  kelak pula dijangka membenarkan pengguna melakukan pindahan eSIM daripada iPhone secara bluetooth.

Kemas Kini iOS 16 Bakal Benarkan Pindahan eSIM Daripada iPhone Lain Secara Bluetooth

Nintendo Joy-Con Sedia Digunakan Pada iPhone Menerusi Kemas Kini iOS 16