Aplikasi Ini Cetus Kontroversi Kerana Mampu Hasilkan Imej ‘Deepfake’ Yang Realistik

Jika sebelum ini, aplikasi seperti FaceApp tular dan menjadi ikutan netizen di Malaysia, namun kini muncul satu aplikasi terbaru iaitu ZAO. Aplikasi ini menggunakan Atificial Intelligence (AI) yang mampu menggantikan wajah individu persis selebriti atau sesiapa sahaja dalam sebuah klip video. Pada 1 September yang lalu, ZAO menjadi salah satu aplikasi yang paling banyak dimuat turun dan digunakan di China.

Aplikasi tersebut semakin dikenali apabila seorang pengguna media sosial @Allan Xia membuat bebenang di Twitter miliknya bercerita mengenai aplikasi ZAO dan bagaimana beliau menggunakan aplikasi tersebut serta memuat naik video yang telah dihasilkan untuk menggantikan wajahnya dalam setiap filem lakonan artis terkenal Hollywood, Leonardo Dicaprio.

https://twitter.com/AllanXia/status/1168049059413643265

Jika anda lihat pada video tersebut, individu hanya perlu menggayakan mimik wajah seakan pelakon dalam sesebuah filem dan hasilnya hampir menyerupai pelakon asal filem tersebut. Selain itu, video klip video tersebut boleh digunakan dan boleh di muat naik di mana mana media sosial pengguna. Malah terdapat banyak lagi video yang dikongsikan menggunakan aplikasi tersebut.

Berikutan daripada ‘posting’ tersebut, ramai pengguna media sosial memberikan komen, malah ada yang tidak bersetuju data peribadi mereka digunapakai sesuka hati.

Namun, dengan banyaknya aplikasi sedemikian dihasilkan, maka akan wujud juga risiko kepada penggunanya. Antaranya, data peribadi pengguna bakal terancam kerana semasa proses pendaftaran akaun, pengguna perlu bersetuju untuk membenarkan dan mengizinkan ZAO mengguna pakai gambar mereka bagi tujuan pemasaran. Jadi, adakah anda bersetuju sekiranya gambar atau video milik anda digunakan oleh pihak tertentu untuk kepentingan mereka? Fikir fikirkan.

Di bawah kami listkan beberapa artikel yang sedang ‘hits’ di Vocket. Klik pautan di bawah ini.

https://www.thevocket.com/asif-mungkin-tidak-lagi-muncul-dalam-drama-spontan/

https://www.thevocket.com/lukisan-pelukis-jalanan-berjaya-curi-perhatian-tuanku-dan-raja-permaisuri-agong/?utm_source=oembed&utm_medium=web&utm_campaign=20190903

https://www.thevocket.com/starbucks-malaysia-lancar-koleksi-selendang-edisi-khas-bersama-naelofar/

Sumber
Exit mobile version