Tidak dapat dinafikan ramai orang sedang mencuba mengubah gaya hidup kearah lebih sihat. Pelbagai cara dilakukan antaranya memuat turun aplikasi pengiraan kalori dalam makanan dan aplikasi bersenam. Namun, masih ada kekurangan dalam aplikasi tersebut, antaranya ialah sistem pengiraan jumlah gula dalam minuman.
Kita sedia maklum pelbagai jenis minuman manis yang menarik membuatkan ramai orang ingin mencuba kesemuanya. Akan tetapi harus diingatkan bahawa pengambilan gula berlebihan akan menyebabkan pelbagai penyakit berbahaya. Menerusi perkongsian apps developer dari Jepun yang dikenali sebagai Daiki Shimizu di Twitter, sebuah aplikasi mengira jumlah gula dalam minuman yang diberi nama ‘Sato-San’ akan diperkenalkan tidak lama lagi.
ジュースに含まれている糖分を角砂糖に変換してくれるアプリ🥤 pic.twitter.com/aQ0aazkL46
— Daiki Shimizu (@432daiki) July 15, 2019
Buat masa ini masih belum dikenalpasti tarikh pelancaran sebenar aplikasi tersebut. Walaupun begitu, sudah ramai pengguna yang memberi respon positif dan tidak sabar untuk menunggu pelancaran aplikasi tersebut. Tambah lagi dengan cara penggunaan yang cukup mudah iaitu hanya dengan scan barcode pada botol minuman dan anda akan mendapat keputusan penuh dalam beberapa saat.
Buat masa ini, menurut Daiki, beliau sedang mencuba sedaya upaya untuk mendapatkan kebenaran dari pihak Google PlayStore dan iOS AppStore untuk membolehkan pengguna memuat turun aplikasi ini pada telefon bimbit.
[拡散希望]
App Storeでこのアプリを配信してほしいとのお声をたくさん頂いたので急遽配信を決定しました!
まだ申請中ですが近日中にリリースできるかと思うのでもうしばらくお待ちください🙇♂️#拡散希望 pic.twitter.com/znegO4r3W3— Daiki Shimizu (@432daiki) July 16, 2019