Kita sedia maklum negara China cukup terkenal dengan undang-undang yang ketat secara menyeluruh dalam pelbagai aspek di negara tersebut. Untuk makluman, semua konten atau media perlu mendapatkan kebenaran terlebih dahulu dan mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Tebaharu, syarikat Apple dilaporkan telah membuang aplikasi Quran Majeed yang paling popular di China selepas mendapat desakan daripada pihak berkuasa di China.

Apple sendiri memaklumkan kepada pihak pembangun berkenaan isu terbabit bahawa tindakan pembuangan aplikasi ini disebabkan mengandungi teks agama yang menyalahi undang-undang negara China.

Sebelum ini aplikasi Quran Majeed boleh didapati secara percuma menerusi App Store dan mempunyai jumlah pengguna yang besar di seluruh dunia. Malah, di China sahaja aplikasi ini mempunyai hampir sejuta pengguna. Difahamkan pihak pembangun dikatakan sudah cuba menghubungi pihak berkuasa di China untuk menyelesaikan masalah berkenaan.

Dalam masa yang sama, Apple mendakwa mereka hanya mematuhi pelbagai peraturan tempatan yang ditetapkan oleh pihak berkuasa di negara tersebut. Tambahan pula, kerajaan China enggan memberikan sebarang komen mengenai isu terbabit kepada BBC.

Penghapusan aplikasi ini mulai dikesan menerusi halaman Apple Censorship iaitu merupakan laman web yang memantau aplikasi di App Store di peringkat global.

Sebelum ini, China juga ada menfailkan saman terhadap Tencent berikutan fungsi terbaru pada WeChat.

China Memfailkan Saman Terhadap Tencent Berikutan Fungsi Terbaru Pada WeChat

Mahu Elak Pelajar Main Game Hingga Lewat Malam, Tencent Sedia Perkenal Teknologi Imbasan Wajah

Sumber