Tan Sri Annuar Musa baru-baru ini telah dilantik sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia yang baharu. Menerusi pelantikan ini, beliau telah mengatakan fasiliti akses internet akan diberi keutamaan selagi memegang jawatan tersebut.

Tambahan pula, beliau juga berpendapat akses internet perlu dianggap sebagai hak asasi manusia yang sama pentingnya seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. Dalam masa yang sama, beliau mengatakan kemudahan akses internet mesti dilihat secara komprehensif untuk menjadi negara yang maju dan moden mengikut standard dunia.

vocket-tech-news-annuar-2
Sumber Gambar: Sinar Harapan

Sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, penggunaan internet telah menjadi satu keperluan kepada setiap rakyat Malaysia dalam melaksanakan tugasan mahupun mengikuti pelajaran. Dalam pada itu, masih terdapat sebahagian individu yang masih menghadapi kesukaran untuk mendapatkan akses internet lebih-lebih lagi di kawasan terpencil.

Menerusi pengumuman yang dibuat, rakyat Malaysia boleh menarik nafas lega dengan menantikan lebih banyak lagi pembaharuan yang bakal dilaksanakan daripada pihak KKMM. Malahan, sebahagian perancangan sudah pun dijalankan seperti program Jalinan Digital Negara (JENDELA) dan memperkenalkan rangkaian 5G bermula akhir tahun ini.

Dalam usaha memberikan kemudahan akses internet kepada rakyat, kerajaan Selangor sedia menawarkan data internet percuma selama setahun.

Kerajaan Selangor Tawar Data Internet Percuma Selama Setahun Kepada 70,000 Penerima

Serba Dinamik Lancarkan MySurFi, Perkhidmatan Internet Berkelajuan Tinggi Di Kawasan Terpencil

Sumber