Android Bakal Perkenalkan Teknologi Seakan ‘AirDrop’

Setiap kali selepas mengambil gambar bersama, pastinya pengguna Apple dilihat lebih cenderung untuk menggunakan AirDrop bagi menghantar gambar yang diambil. Teknologi yang mudah dan pantas antara yang membuatkan pengguna Apple menyukainya.

Terbaru, selepas beberapa tahun Apple memperkenalkan teknologi AirDrop, Android dilaporkan bakal memperkenalkan teknologi yang seakan sama dinamakan sebagai ‘Fast Share’ bagi memudahkan penggun Android menghantar gambar, video dan sebagainya dengan mudah.

Pengenalan teknologi meskipun dilihat remeh pastinya bakal memudahkan para pengguna. Sebelum ini, Android pernah memperkenalkan Android Beam dimana gambar dan video dapat dihantar dengan hanya menyentuh kedua-dua telefon pintar.

Exit mobile version