Anda Sudah Boleh Menyemak Harga Anggaran Tol Menggunakan Waze

Sudah menjadi kebiasaan orang ramai untuk menggunakan Waze khususnya mereka yang bekerja di kota. Membandingkan jalan terdekat serta mengetahui info yang berlaku di atas jalan raya sudah menjadi fungsi utama pada aplikasi ini.

Terbaharu, fungsi yang sebelum ini diperkenalkan di luar negara telah ditawarkan buat pengguna di Malaysia dimana para pengguna berpeluang menyemak harga anggaran tol melalui carian destinasi yang ingin dituju.

Penawaran fungsi ini secara tidak langsung bakal memberi lebih banyak fleksibiliti dan altenatif buat para pengguna bagi membandingkan harga tol untuk ke destinasi melalui laluan yang berbeza. Difahamkan harga anggaran tol yang dipaparkan adalah melalui perkongsian komuniti Waze.

Berdasarkan kajian yang dibuat sebelum ini, Rakyat Malaysia dikatakan lebih cenderung untuk gunakan Google Maps berbanding Waze. Turut dikongsikan bagaimana lelaki ini menggunakan suara anaknya pada aplikasi ini.

https://www.thevocket.com/rakyat-malaysia-lebih-cenderung-gunakan-google-maps-berbanding-waze/

https://www.thevocket.com/guna-suara-anak-pada-aplikasi-waze-bapa-ini-curi-perhatian-netizen/

Exit mobile version