Sejak mula diperkenalkan di Malaysia, Foodpanda berjaya menjadi pilihan sejumlah besar orang ramai khususnya mereka bekerja di kota untuk menempah hidangan yang diinginkan hanya melalui aplikasi yang tersedia.

Terbaharu, tidak hanya menawarkan seleksi makanan di kawasan sekitar anda, Foodpanda turut melebarkan servis mereka dengan menawarkan pembelian barangan runcit dalam aplikasi mereka. Dalam erti kata lain, anda boleh turut selit pesanan barangan runcit anda dengan mudah melalui pesanan Foodpanda.

imgonline-com-ua-twotoone-VQ5hhBWq36EL9P5

Servis ini dilihat lebih sistematik berbanding sistem dimana orang ramai memesan atau menelefon kedai runcit berdekatan untuk menghantar barangan yang dikehendaki.

Setakat ini penawaran servis yang baru diperkenalkan Foodpanda ini cuma ditawarkan di Damansara, Shah Alam serta beberapa lokasi berdekatan. Servis ini dijangka akan diperluaskan ke beberapa kawasan lain tidak lama lagi.

Pada bulan ini, tular isu melibatkan beg Foodpanda yang dilonggok di kawasan pelupusan sampah ‘haram’ sehingga mendapat perhatian ramai. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

https://www.thevocket.com/kecewa-dengan-isu-sampah-foodpanda-lelaki-ini-buat-penghantaran-khas-ke-ibu-pejabat-foodpanda/

https://www.thevocket.com/lelaki-ini-kecewa-hutan-di-gombak-jadi-tempat-pelupusan-haram-sampah/