Anda Kini Boleh Menyemak Lokasi Gangguan Bekalan Air Menerusi Google Maps

Bermula esok, beberapa kawasan sekitar Lembah Klang akan mengalami gangguan bekalan air. Gangguan bekalan air disebabkan proses penyelenggaraan Loji Rawatan Air Sungai Selangor Fasa 2 (LRA SSP2). Kini penduduk sekitar Lembah Klang boleh menyemak kawasan yang terjejas menerusi aplikasi Google Maps.

Info ini baru sahaja dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter @MambangStory menerusi tweet terbaharunya.

Informasi yang disediakan melalui visual di Google Maps turut dilengkapi dengan tarikh dan jam gangguan bekalan air bermula dan berakhir. Jadual juga boleh didapati melalui laman sosial rasmi Air Selangor.

Exit mobile version