Seperti yang kita sedia maklum, NFT bukan sekadar karya digital sahaja bahkan ia dilengkapi dengan pelbagai kelebihan seperti akses eksklusif untuk acara istimewa mahu di dunia sebenar ataupun maya, karya edisi terhad dan sebagainya. Perkara ini sudah diadaptasi oleh pengkarya terkemuka seperti BAYC, adidas dan lain-lain lagi.

Menerusi laporan Beamstart, terdapat dua individu bergelar anak billionair di Singapura iaitu Elroy Cheo dan Kiat Lim dilaporkan sudah mengasaskan kelab eksklusif NFT yang dikenali sebagai ARC. ARC ini merupakan kelab digital eksklusif yang menghimpunkan individu berpengaruh di rantau Asia untuk saling kenal antara satu sama lain.

Sumber Gambar: ARC

Menerusinya, ahli-ahli ARC boleh berkongsi minat yang sama dengan membuat pembincangan yang merangkumi strategi, pengalaman dan jangkaan berkenaan kriptowang. Kelab ini hanya dibuka kepada mereka yang memperolehi pemilikan NFT daripada ARC.

NFT tersebut akan digunakan sebagai kaedah utama untuk mengesahkan keahlian seseorang di dalam komuniti ARC ini. Pengasas turut menjelaskan bahawa kelab ini akan memberi akses kepada sejumlah ikon dan individu ternama termasuklah pemilik syarikat besar, socal media influencer dan ramai lagi.

Elroy Cheo juga menerangkan bahawa ARC merancang untuk mewujudkan komuniti maya di dunia meta dan memasukkan elemen permainan dan hiburan pada masa kelak. Buat masa ini, ahli hanya boleh mengakses kandungan melalui aplikasi yang kini tersedia untuk pengguna iPhone sahaja.

Sebelum ini, JayChou juga sudah berjaya menjual koleksi NFTnya dengan jayanya dan disertakan akses khas untuk pemilik NFT menyertai konsert virtual beliau kelak.

Jay Chou Bersama Ezek Berjaya Jual Koleksi NFT PhantaBears Dengan Nilai Mencecah RM41.9 Juta

Tony Fernandes Muncul Sebagai Usahawan Terbaru Terlibat Dalam Dunia NFT

 

Sumber