Amerika Syarikat Mahu Aplikasi FaceApp Disiasat

Sejak mula viral, para netizen dilihat sangat teruja dalam mencuba aplikasi FaceApp yang membolehkan wajah pengguna ditukar kepada versi yang lebih tua. Keterujaan ini turut membanjiri media sosial dimana ianya dikongsikan buat tatapan ramai.

Meskipun menarik untuk dicuba, aplikasi ini dilihat sebagai ancaman kepada sekuriti dan privasi pengguna selepas pembangun aplikasi yang berasal dari Russia ini disahkan menyimpan dana pengguna. Melihat kepada polisi pengguna yang mencurigakan, pihak demokrat Amerika Syarikat baru-baru ini mahukan aplikasi ini disiasat untuk keterangan lanjut.

Ironinya, cadangan yang dibuat demokrat Amerika Syarikat ini dilihat lebih kepada ancaman politik berbanding risaukan mengenai sekuriti dan privasi pengguna seluruh dunia.

Sumber: Fortune

Lebih pelik, sudah banyak syarikat Amerika Syarikat yang menawarkan fungsi seumpama ini sebelum ini namun tidak menjadi perhatian demokrat negara tersebut sehinggalah aplikasi daripada pembangun Russia ini viral.

Mengulas mengenai penyimpanan gambar pengguna, CEO syarikat yang membangunkan aplikasi FaceApp, Yaroslav Goncharov mengatakan syarikat mereka cuma menyimpan gambar pengguna untuk sebuah tempoh yang singkat bagi tujuan menawarkan edit yang lebih pada masa akan datang.

Tambahnya lagi, kebanyakan gambar yang diperoleh turut dibuang daripada server mereka 48 jam selepas dimuat naik.

Sumber: Shacknews

Selain itu, pihak mereka turut menjanjikan mereka tidak menjual sebarang data pengguna kepada pihak ketiga. Difahamkan kenyataan ini masih belum memberi kelegaan buat demokrat Amerika Syarikat selepas aplikasi ini tidak membuang data pengguna sejurus selepas menerimanya.

Berdasarkan keterujaan orang ramai untuk berkongsi wajah mereka, kini aplikasi ini sudah berjaya memegang data wajah pengguna sebanyak 150 juta seluruh dunia menurut Forbes.

Baca lagi: Bahaya Aplikasi ‘FaceApp’ Yang Anda Tidak Tahu

Exit mobile version