Sejak akhir-akhir ini, dapat dilihat lambakan produk yang disertakan dengan ciri-ciri Islamik. Hal ini turut berkait rapat dengan jumlah permintaan produk sedemikian yang mampu meraih jualan tinggi serta menjadi buah mulut orang ramai.

Terbaharu, sebuah jenama dari Rusia yang cukup terkenal dengan menawarkan iPhone dengan ciri unik telah memperkenalkan model terbaru iaitu iPhone 12 Pro Max dengan kerangka yang diinspirasikan dari Masjid Nabawi. Selain itu, ukiran Allah dan Nabi Muhammad antara yang disertakan.

caviar_11pro_credo_medina_3_mpage
Sumber: Caviar

Apa yang membuatkan kerangka ini lebih unik adalah penggunaan material emas tulen sekaligus membuatkan iPhone 12 Pro Max ini tampil lebih premium dan eksklusif.

Model yang dikhususkan buat umat Islam ini sedia ditawarkan dengan harga sehingga $7,830 (~RM32,377) buat storan 512GB. Sekiranya anda mahukan iPhone 12 Pro Max yang lebih ‘Islamik’ serta mahu tampil unik berbanding model iPhone lain, mungkin model keluaran Caviar antara yang boleh dijadikan pilihan.

Apple dilaporkan bakal membuka Apple Store pertama mereka di TRX Exchange menjelang tahun 2022.

https://www.thevocket.com/apple-store-pertama-malaysia-dijangka-bakal-dibuka-di-the-exchange-trx-menjelang-2022/

https://www.thevocket.com/celcom-dan-digi-sah-bergabung-secara-rasmi-sebagai-celcom-digi-berhad/