Pada tahun ini, kita menyaksikan sejumlah syarikat gergasi antarabangsa mulai mengintai peluang di Malaysia untuk mengembangkan lagi bisnes mereka. Selain Foxconn, kini giliran syarikat Amazon Web Services (AWS) pula menunjukkan minat terhadap Malaysia.

Terbaharu, Amazon Web Services dijangka bakal membuat pelaburan besar di Malaysia pada tahun ini bagi membangunkan pusat data di Malaysia. Sementara itu, Datuk Seri Mohd Azmin Ali juga memaklumkan pihak kerajaan telah pun memberikan kebenaran kepada AWS dalam pelaburan menjadikan Malaysia sebagai hab data.

Sumber Gambar: Twitter

Beliau turut menjelaskan perjanjian setakat ini masih lagi belum dimuktamadkan dan pihak AWS sedang membincangkan beberapa insentif baharu bersama dengan MITI, Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan Kementerian Kewangan.

Pada Mac lalu, AWS telah menandatangani Perjanjian Rangka Kerja Awanan (Cloud Framework Agreement (CFA) bersama kerajaan Malaysia. Perjanjian ini memberikan agensi dan jabatan kerajaan akses ke perkhidmatan AWS Cloud di mana-mana 84 buah Zon Ketersediaan (Availability Zone) Amazon di seluruh dunia.

Selain AWS, pihak kerajaan juga telah menandatangani CFA bersama Microsoft, Google Cloud dan Telekom Malaysia bagi menguasakan perkhidmatan perkomputeran kerajaan MyGovCloud.

Dalam pada itu, Datuk Seri Mohd Azmin Ali turut mengatakan Microsoft dan AWS bersedia dalam memberikan input bagi membantu usaha kerajaan meningkatkan daya saing Malaysia di dalam ekonomi digital. Ini merupakan berita baik buat kita yang mana bukan sahaja bakal meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara malah membuka peluang perkerjaan baharu yang besar.

Ketahui juga mengenai tokoh Bill Gates menolak pelaburan pada kriptowang kerana ia hanyalah ikutan semasa.

Bill Gates Tolak Melabur Pada Kriptowang Kerana Tidak Memberi Nilai Kepada Orang Ramai

7 Studio Animasi Tempatan Terkemuka Yang Berjaya Dilahirkan Dari Cyberjaya