Sekiranya anda gagal untuk mengakses beberapa laman web serta beberapa perisian seperti Discord, Medium, Shopify dan foodpanda sebentar tadi sekitar jam 2.43 petang, mungkin masalah yang berlaku bukan disebabkan capaian internet anda.

Dilaporkan, masalah akses internet yang berlaku sebentar tadi berpunca daripada masalah teknikal pada perkhidmatan Cloudflare yang membuatkan sejumlah besar laman, kriptowang dan perisian gagal diakses. Bukan itu sahaja, akses kepada permainan League of Legends juga turut terkesan.

Berdasarkan perkongsian Cloudflare, masalah yang berlaku berpunca daripada bahagian backbone. Setakat ini, masalah yang berlaku berjaya kembali pulih sekaligus membolehkan pelbagai laman web berjaya diakses semula.

Diharap masalah melibatkan Cloudflare ini tidak lagi berulang kerana mampu memberi kesan besar buat pengguna dan juga pembangun bisnes.

Tular pada minggu ini apabila YouTuber terkenal, Jake Paul dilaporkan miskin selepas ‘rugi’ RM176 juta berikutan melaburkan kesemua wang yang diperoleh dalam kriptowang.

Gara-Gara Labur Semua Wang Dalam Kriptowang, Jake Paul Dilaporkan ‘Miskin’ Selepas Rugi RM176 Juta

Bill Gates Berpendapat NFT Hanyalah Satu Penipuan Yang Didukung Oleh Orang Yang Lebih Bodoh