Netflix dilaporkan kehilangan pelanggan sedia ada lebih cepat berbanding memperolehi pelanggan baharu pada saban tahun. Hal ini membuatkan syarikat penstriman ini mengalami kemerosotan pertumbuhan sekaligus menanggung kerugian jutaan ringgit berterusan.

Lanjutan daripada itu, Netflix kini telah memberhentikan kira-kira 150 orang pekerja di syarikatnya serta berpuluh-puluh kontraktor lain berikutan laporan pendapatan yang mengecewakan. Difahamkan sebanyak 26 kontraktor berkerja di bawah laman Tudum yang berfungsi sebagai tambahan kepada kandungan Netflix juga telah dibuang.

Sumber Gambar: Youtube

Hal ini membuatkan pasukan Netflix semakin mengecil dalam masa yang sama perlu bertahan supaya boleh mengembalikan kegemilangan syarikat tersebut seperti sedekad lalu. Bagaimanapun, Netflix mengatakan kebanyakkan pekerja yang terjejas oleh pemberhentian kali ini hanya di Amerika Syarikat.

Dalam masa yang sama, Erika Masonhall selaku wakil Netflix telah menyatakan bahawa langkah ini drastik ini didorong oleh isu kewangan dan bukanlah masalah prestasi. Pada suku lepas, Netflix telah menyaksikan kehilangan kira-kira 200,000 pelanggan buat pertama kalinya dalam lebih sedekad.

Netflix juga dilihat sedang meneroka beberapa kaedah baharu dalam menarik lebih ramai pelanggan baharu ke platformnya dalam masa yang sama meningkatkan prestasi syarikat ke tahap yang lebih selesa.

Tular baru-baru ini Elon Musk menangguhkan pembelian Twitter kerana mendapati platform tersebut mempunyai jumlah akaun palsu yang tinggi.

Elon Musk Tidak Ingin Meneruskan Pembelian Twitter Selagi Tiada Bukti Akaun Spam Hanya 5%

Mahu Mudahkan Golongan OKU, Apple Perkenalkan Beberapa Ciri Baharu Buat Para Pengguna