Jika anda mengikuti akaun Huawei di Twitter, pasti anda mengetahui mengenai isu ucapan tahun baharu daripada syarikat tersebut yang menghantar tweet menggunakan peranti iPhone. Perkara tersebut diketahui oleh ramai dalam masa yang singkat sahaja dan menjadikan tanda ‘via Twitter for iPhone’ sebagai bahan kecaman yang mempersoalkan kreadibiliti telefon bimbit syarikat tersebut sendiri.

BACA: Selepas Samsung, Huawei Pula Kantoi Mengiklankan Produk Menggunakan iphone

Huawei-Tweets-with-iPhone-Branding-in-Asia-2

Difahamkan setelah isu tersebut tersebar, Tweet tersebut telah dipadam serta-merta dan dua pekerja yang bertanggungjawab diatas Tweet tersebut telah diturunkan pangkat dan dipotong gaji. Denda tersebut dipercayai berikutan dengan usaha negara teersebut untuk menggunakan produk tempatan berbanding produk yang dikeluarkan oleh negara luar seperti Apple dari Amerika Syarikat.

Menurut sumber, kejadian tersebut terjadi disebabkan individu berkenaan mengalami masalah VPN pada komputer yang menyebabkan pekerja tersebut terpaksa menggunakan iPhone dengan SIM roaming untuk menghantar tweet tersebut.

Khamis lepas, satu memo telah dikeluarkan oleh Naib Presiden syarikat tersebut yang mengatakan kecuaian pekerja tersebut telah memberi impak negatif sekaligus mencalarkan imej syarikat berkenaan.

#RealDeal. Nak dapatkan handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.