Kehangatan dunia maya telah menjadi bualan di setiap sudut dunia pada hari ini sekaligus telah menarik minat ramai pihak untuk menyertainya. Dengan jangkaan dunia maya ini bakal menggantikan internet pada masa kelak merancakkan lagi penghasilan dunia maya masing-masing.

Terbaharu, adidas secara rasminya telah mengumumkan satu jalinan kerjasama dengan syarikat Coinbase dalam usaha mengorak langkah ke metaverse. Bahkan, syarikat gergasi ini telah membuat perkongsian susulan mengatakan bahawa adidas akan melancarkan adiVerse dengan mendapatkan sebidang tanah maya di platform The Sandbox.

Untuk makluman, The Sandbox merupakan sebuah tools yang membolehkan pengguna membangunkan dunia maya berasaskan blockhain. Terdapat jangkaan pembangunan dunia maya ini membolehkan pengguna berinteraksi dengan karakter digital dan juga persekitaran seperti yang dipamerkan oleh syarikat Meta sebelum ini.

Akan tetapi, masih tidak diketahui lagi perancangan sebenar adidas kerana tiada maklumat lanjut yang dikongsi berkenaan dunia maya tersebut mahupun sebab kerjasama dengan syarikat pengendali platform pertukaran mata wang kripto. Yang pasti, ini adalah penerokaan terbesar yang dibuat oleh syarikat gergasi kasut itu di dalam ruang kripto dan blockchain.

Sama-sama kita nantikan pengumuman lanjut yang bakal dikongsi oleh pihak adidas mengenai perancangan menyertai dunia maya dan juga kerjasama bersama syarikat Coinbase. Coinbase juga dikatakan bakal melancarkan platform NFT mereka sendiri. Boleh jadi adidas mahu melancarkan NFT mereka dan juga menerima bayaran menggunakan kripto selepas ini.

Baru-baru ini, sebidang hartanah maya dalam dunia metaverse berjaya terjual dengan harga RM10 juta yang mana bakal dijadikan ‘fashion street’.

Hartanah Maya Dalam Dunia Metaverse Ini Berjaya Terjual Dengan Harga RM10 Juta

Syarikat Pembangun Pokemon Go Bakal Lancarkan Platform ‘Metaverse’ Digelar Sebagai Lightship