adidas sudah menjadi sebuah jenama gaya hidup yang menawarkan sejumlah kelengkapan sukan dan telah berkolaborasi bersama pelbagai jenama atau artis menerusi koleksi khasnya. Kini mereka telah berkolaborasi bersama sebuah syarikat pengeluar fon telinga di Sweden dalam penciptaan produk terbaharu iaitu fon telinga wireless.

Menerusi kolaborasi ini, terdapat tiga model fon telinga TWS yang dihasilkan pada kali ini iaitu adidas Z.N.E 0.1 ANC, Z.N.E.1, FWD-02 SPORT. Pengenalan ini merupakan penambahan baharu dalam barisan fon telinga di bawah adidas yang ditawarkan buat pengguna di luar sana.

Sumber Gambar: Adidas

Model Z.N.E 01 ANC merupakan fon telinga yang premium pada harga berpatutan dengan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) serta boleh boleh ditukar tip telinganya mengikut kesesuaian pengguna.

Selain itu, fon telinga ini juga menampilkan penjenamaan tiga jalur ikonik padanya dan menawarkan penggunaan sehingga 20 jam dalam satu pengecasan penuh.

Sumber Gambar: adidas

Model yang lebih mampu milik iaitu Z.N.E. 01 juga tidak kurang hebatnya dengan ketahanan bateri yang lebih panjang. Dari segi rekaan pula, ia hadir dengan rekaan seakan AirPods 2 bersama penjenamaan adidas pada bahagian sisi batang. Model ini tidak mempunyai tip telinga tetapi didatangi dengan sarung silikon untuk membantu penyesuaian pada telinga pengguna.

Sumber Gambar: adidas

Model FWD-02 SPORT ini direka khas buat pengguna yang aktif bersukan dengan pelbagai ciri yang menarik menerusinya. Rekaan yang lebih ergonomik dan sleek yang dapat dimuatkan pada telinga dengan selesa. Terdapat ciri kalis air IPX5 serta mesra sarung tangan dan mempunyai kawalan intuitif menerusinya yang responsif. Model fon telinga ini mampu bertahan selama 6 jam penggunaan.

Model Z.N.E 0.1 ANC bakal dijual pada harga $190 (~RM789) manakala model mampu milik Z.N.E 0.1 sedia ditawarkan pada tanda harga serendah $100 (~RM415) sahaja.

Model fon telinga yang lebih sporty dan serba lengkap iaitu FWD-02 SPORT sedia ditawarkan dengan harga $289 (RM1,200) sahaja dan semuanya hadir dengan dua pilihan warna iaitu hitam dan kelabu.

Selain itu, jenama Nothing juga telah melancarkan fon telinga wireless mereka dengan rekaan yang menarik secara rasmi di Malaysia pada Oktober lalu.

Nothing ear (1) Dilancarkan Secara Rasmi Di Malaysia Pada Harga RM499

Samsung Galaxy Buds2 Ditawarkan Secara Rasmi Dengan Harga RM499