Antara acara tahunan yang sangat dinantikan ramai pada setiap tahun sudah semestinya Apple WWDC. Acara ini bagaimanapun menfokuskan kepada pembangun yang mana bakal memperlihatkan pelbagai ciri baharu menerusi kemas kini perisian baharu seperti iOS 16, iPadOS 16 dan banyak lagi.

Berdasarkan laman rasmi WWDC 2022, Apple bakal mengadakan acara tersebut pada 7 Jun 2022 ini pada pukul 1 pagi waktu Malaysia. Acara ini akan berlangsung sepanjang minggu dengan pelbagai perkongsian kandungan menfokuskan para pembangun.

Sumber Gambar: 9to5mac

Pada tahun ini, Apple dijangka mengumumkan sejumlah kemas kini baharu seperti iOS 16, iPadOS 16, macOS 13, tvOS 16 dan juga watchOS 9. Malah, Apple kini turut menyediakan aplikasi khas Apple Developer menerusi App Store bagi memudahkan pengguna mengikuti jadual untuk acara WWDC 2022 dan melihat pelbagai pengumuman berkaitannya.

Oleh itu, sama-sama kita nantikan acara WWDC 2022 tiba dan mendengar perkongsian lanjut berkaitan perisian baharu oleh Apple secara rasmi. Pasti ramai mahu mengetahui apakah pembaharuan yang ingin dibawakan pada perisian pada kali ini.

Sementara itu, sudah mendengar ura-ura Apple bakal melancarkan siri iPhone 14 bersama AirPods Pro generasi baharu pada 13 September ini.

Apple Dijangka Bakal Lancarkan Siri iPhone 14 Dan AirPods Pro 2 Pada 13 September Ini

Siri iPhone 13 Berjaya Muncul Sebagai Telefon Terlaris Dunia Pada Suku Pertama 2022

Sumber