Bila sebut mengenai 5G, pasti ramai membayangkan kelajuan internet yang pantas sekaligus memudahkan pelbagai urusan seharian termasuklah panggilan video yang lebih jelas mahupun stream Netflix dengan lancar. Akan tetapi, tidak semua model yang terdapat di pasaran pada hari ini menyokong rangkaian 5G.

Jika anda sedang merancang untuk mendapatkan iPhone terbaharu, sudah pasti anda mahukan sokongan rangkaian 5G yang boleh digunakan menerusinya pada masa kelak.

Dalam pada itu, harus diketahui terdapat beberapa model iPhone sahaja yang dilengkapi dengan teknologi 5G padanya. Berikut merupakan barisan peranti iPhone yang sedia menyokong rangkaian 5G.

  • iPhone 12
  • iPhone 12 mini
  • iPhone 12 Pro
  • iPhone 12 Pro Max
  • iPhone 13
  • iPhone 13 mini
  • iPhone 13 Pro
  • iPhone 13 Pro Max

Secara dasarnya, bermula barisan siri model iPhone 12 sehingga iPhone 13 sudah menyokong 5G. Sekiranya anda bercadang atau sedang menggunakan model sebelum iPhone 12, anda masih tidak boleh menggunakan 5G tersebut walaupun pihak penyedia telekomunikasi sudah menawarkan rangkaian 5G.

Anda boleh mengetahui dengan lebih lanjut mengenai penawaran sokongan 5G yang disertakan pada senarai model iPhone di atas menerusi laman rasmi Apple support.

Melihat kepada pelan kerajaan yang sedang rancak menambah infrastruktur penawaran rangkaian internet 5G, tidak mustahil rangkaian internet pantas ini sedia untuk dimanfaatkan tidak lama lagi mengikut kawasan terpilih.

Untuk pengguna iPhone 13, anda perlu mengetahui 6 case iPhone yang berbaloi dan berkualiti untuk didapatkan di Shopee pada hari ini.

Berbaloi Dan Berkualiti Tinggi, Ini 6 Case iPhone 13 Yang Boleh Anda Dapatkan Di Shopee

7 Case iPhone Terbaik Yang Anda Boleh Dapatkan Di Shopee

Sumber