Menyebut mengenai bitcoin pasti ramai yang cukup kenal dan tahu mengenai kriptowang paling popular yang sudah mula ditawarkan untuk transaksi secara meluas.

Disebalik penggunaannya yang meluas, transaksi kriptowang nampaknya masih belum mampu untuk bebas daripada aktiviti godam dimana baru-baru ini sebanyak 7,000 bitcoin berjumlah $40 juta (~RM166.26 juta) lesap. Jumlah yang besar ini sekaligus meletakkan aktiviti ini sebagai antara aktiviti godam terbesar dalam sejarah.

Sumber: bitcoinmagazine

Menurut CEO platform kriptowang Binance, Changpeng Zhao, pihak mereka memerlukan sekurang-kurang seminggu untuk menyelidik aktiviti penggodam tersebut memandangkan mereka memiliki saiz data yang besar. Aktiviti ini juga dilakukan dengan sangat teliti dan hebat dimana ramai yang tidak menyangka mereka mampu melakukannya.

Meskipun kesemua transaksi telah dibekukan, difahamkan para pengguna bakal tidak terkesan dengan aktiviti godam ini. Jumlah bitcoin yang hilang ini dilaporkan bakal digantikan semula oleh Secure Asset Fund for Users (SAFU). Kejadian ini bukan sahaja memberi peringatan buat platform Binance malah platform serta pengguna lain untuk lebih berhati-hati dalam menjalankan transaksi kriptowang.

Sumber