Dengan kemudahan kepada peranti mudah alih dan akses internet berkelajuan tinggi hari ini membuatkan lebih banyak kandungan boleh diakses dengan senang. Oleh itu, ramai lebih selesa menikmati konten berbentuk video dalam mengetahui sesuatu perkara atau hiburan.

Kini sudah terdapat beberapa kajian yang dibuat menunjukkan sekitar 70% daripada pengguna internet kini lebih kerap menonton video pendek menerusi peranti-peranti mereka. Konsep video pendek ini sedia dipopularkan oleh TikTok yang mana berjaya menerima jumlah pengguna yang tinggi sekaligus menjana pendapatan berbilion-bilion ringgit.

Sumber Gambar: East West Bank

Malah, terdapat sejumlah platform media sosial lain yang turut menawarkan ciri seumpamanya seperti Meta mulai menfokuskan ciri Reels pada Instagram sementara Google dengan ciri Shorts pada YouTube. Perkara ini memang terbukti apabila Youtube kini mempunyai lebih 1.5 bilion pengguna aktif pada setiap bulan untuk ciri video pendek mereka.

Dengan trend sedemikian, tidak hairanlah lebih banyak pencipta konten menfokuskan video berdurasi pendek yang mana lebih diminati oleh sejumlah pengguna internet. Selain itu, para pengguna juga boleh mengetahui banyak perkara dengan lebih cepat kerana informasi telah diringkaskan dan mudah difahami.

Sebelum ini, terdapat kajian mengatakan rakyat Indonesia paling banyak meluangkan masa menonton video pada telefon pintar.

Kajian Melaporkan Rakyat Indonesia Paling Banyak Luangkan Masa Menonton Video Pada Telefon Pintar

Kajian Mendapati Pengguna Android Memandu Lebih Berhemat Berbanding Pengguna iOS