Minggu ini telah menyaksikan OUTRO selaku penawar barangan elektronik memfokuskan kepada bunyi melancarkan model terbaru mereka iaitu OUTRO Beats, sebuah earphone true wireless stereo (TWS) yang hadir dengan pelbagai ciri-ciri menarik.

Pelancaran model ini disaasarkan buat mereka yang mahu mendapatkan TWS yang mempunyai kualiti bunyi yang menarik, penuh gaya dan juga ditawarkan dengan harga mampu milik. Mengulas mengenai OUTRO Beats, berikut merupakan 7 sebab utama mengapa OUTRO Beats sememangnya berbaloi untuk didapatkan.

1. Penawaran bunyi Hi-Fi yang imersif

Menerusi OUTRO Beats, pada pengguna berpeluang mendapatkan kualiti bunyi yang menarik menerusi penawaran bunyi 3D sekaligus meningkatkan pengalaman pendengaran muzik saja.

2. Ketahanan bateri yang panjang

Penggunaan OUTRO Beats pastinya sangat membantu buat mereka yang kerap mendengar muzik dalam tempoh yang panjang. Hal ini kerana satu pengecasan penuh OUTRO Beats membolehkan model ini digunakan untuk 6 jam menerusi buds dan 20 jam menerusi pengecasan charging case.

Tempoh yang diperlukan untuk mengecas OUTRO Beats dengan kapasiti bateri 320mAh pula hanyalah sepantas 1.5 jam sahaja. Menarik bukan?

3. Penawaran Active Noise-Cancelling (ANC)

Suasana luar yang bingit bukan lagi masalah buat pengguna OUTRO Beats kerana model ini menawarkan teknologi Active Noise-Cancelling (ANC) yang membolehkan model ini menapis bunyi luar sekaligus menawarkan audio terbaik untuk pendengaran pengguna.

4. Penyertaan sensor sentuhan

Pastinya lebih mudah bukan sekiranya pengguna tidak lagi perlukan telefon pintar setiap kali mahu menaikkan atau mengurangkan bunyi atau skip ke lagu pilihan?

Menerusi OUTRO Beats pengguna mampu melakukannya menerusi hanya beberapa sentuhan mudah pada buds model ini. Serius cool!

5. Penawaran Smart Auto Pairing

Dalam mendapatkan sesebuah TWS, pastinya model dengan sokongan Android dan iOS antara yang menjadi pilihan. Menerusi pengguna OUTRO Beats, pengguna berpeluang menyambung peranti Android atau iOS anda dengan mduah melalui teknologi Smart Auto Pairing apabila case dibuka. Sangat memudahkan dan menjimatkan masa pengguna.

6. Speaker 13mm yang besar dan dinamik

Sebuah lagi perkara menarik dan sekaligus antara yang menjadi sebab utama model ini bakal menjadi pilihan ramai sudah pastinya penawaran speaker 13mm yang besar dan dinamik.

Penawaran speaker ini bakal menjanjikan kualiti audio yang jelas sekaligus menawarkan jaringan bunyi yang lebih luas buat para pengguna membuatkan model ini seolah lebih premium daripada harga yang ditawarkan.

7. Harga yang berbaloi

Membincangkan soal harga, siapa sangka OUTRO berjaya mendapatkan produk sulung mereka yang penuh dengan teknologi dan kualiti ini dengan harga serendah RM129 sahaja.

Menariknya, menerusi promosi pelancaran yang bakal dilancarkan bermula 7 Julai ini jam 12 tengah malam, OUTRO Beats sedia untuk didapatkan serendah RM79 sahaja secara eksklusif menerusi laman pembelian Lazada pada hari penawaran.

Model yang hadir dengan warna Optic White dan Ace Black ini sedia untuk didapatkan pengguna yang mahukan kualiti audio terbaik beserta teknologi yang sarat pada model ini. Anda yang berminat untuk mendapatkan model ini boleh klik di sini untuk mendapatkannya pada 7 Julai ini.

Tular pada minggu lalu apabila YouTuber terkenal iaitu Jake Pual dilaporkan ‘jatuh miskin’ selepas rugi RM176 juta berikutan melabur kesemua wangnya dalam kriptowang.

Gara-Gara Labur Semua Wang Dalam Kriptowang, Jake Paul Dilaporkan ‘Miskin’ Selepas Rugi RM176 Juta

Bill Gates Berpendapat NFT Hanyalah Satu Penipuan Yang Didukung Oleh Orang Yang Lebih Bodoh