Pasti ramai yang bosan berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang telah dilanjutkan. Anda juga mungkin sudah habis menonton semua rancangan bersiri atau filem yang terdapat dalam talian. Salah satu aktiviti yang boleh dilakukan pada waktu lapang  dengan bermain game telefon pintar percuma yang menyediakan pelbagai konten tersendiri.

Terdapat permainan yang boleh dimainkan secara santai dan ada yang memerlukan anda bermain secara serius untuk menyelesaikan misi yang diberikan. Berikut adalah pilihan game telefon pintar percuma untuk menghilangkan bosan semasa PKP.

1. Genshin Impact

games telefon pintar percuma

Permainan Genshin Impact sememangnya sangat terkenal di kalangan gamer kerana penawaran grafik yang menakjubkan serta corak permainan yang seronok dan boleh didapati secara percuma. Genshin Impact merupakan sebuah open-world RPG yang menggabungkan elemen fantasi dan perlawanan di dunia magik untuk menyelesaikan pelbagai misi.

Pembangun permainan ini sentiasa mengemas kini konten terbaru bagi memberi keseronokan kepada pemain untuk meneroka dunia tersebut. Anda juga tidak akan merasa bosan kerana boleh berinteraksi dengan pemain lain dan menyelesaikan misi bersama-sama.

Tidak terhad kepada telefon pintar sahaja, anda turut boleh bermain bersama kawan-kawan di platform lain kerana permainan ini menyediakan fungsi cross platform.

Genshin Impact telah dinobatkan sebagai permainan terbaik pada tahun 2020 di Google Play Store dan App Store. Anda dinasihatkan untuk menyediakan ruang dalaman sekurangnya 8GB serta cip yang berkuasa tinggi untuk menjalankan permainan ini dengan lancar.

Dengan jumlah muat turun sehingga 10 juta yang direkodkan, pasti anda tidak mahu melepaskan peluang untuk mencuba game telefon pintar percuma terbaik yang boleh didapati secara percuma di Google Play Store dan App Store.

2. PUBG Mobile: Tranverse

vocket-tech-games-pubg-baru-3

PUBG Mobile juga tidak kurang hebatnya dengan permainan sebelum ini. Permainan ini telah bertapak dari 2018 lagi dan masih aktif sehingga ke hari ini. Permainan ini juga mengadakan pertandingan bertaraf dunia dengan ganjaran hadiah jutaan ringgit pada setiap tahun.

Permainan ini berkonsepkan survival yang memerlukan anda untuk menjadi  taktikal dan bertahan sehingga menjadi orang yang terakhir di kawasan tersebut. Di samping itu, anda turut boleh berkomunikasi untuk membincangkan strategi sewaktu bermain di dalam kumpulan. Permainan ini turut mudah dimainkan kerana antara muka yang interaktif.

Terdapat pelbagai konten yang ditawarkan seperti kosmetik, konten kolaborasi dengan jenama dan lain-lain lagi. Anda pasti tidak akan merasa bosan dengan penawaran permainan yang berbeza setiap kali bermain.

Permainan ini memerlukan ruang storan sekurang-kurangnya 7GB untuk memudahkan kemas kini konten pada masa akan datang. Di dalam permainan terdapat konten yang berbayar untuk mereka yang berminat. Anda boleh mendapatkan permainan ini secara percuma di Google Play Store and App Store.

3. Mobile Legends: Bang Bang

game telefon pintar percuma

Seterusnya, permainan Mobile Legends: Bang Bang merupakan permainan yang memerlukan kerjasama antara ahli kumpulan untuk mencapai objetktif. Pelbagai lapisan umur boleh dilihat meminati permainan ini. Masa yang diperlukan satu pusingan sekurang-kurangnya 10 minit dan ke atas.

Tambahan pula, permainan ini boleh dimainkan dengan lancar pada semua peranti. Jika anda ingin menikmati pengalaman permainan dengan lebih bagus, anda memerlukan telefon pintar yang menyokong High Frame Rate Mode.

Anda boleh bermain bersama 5 rakan lain sekaligus. Permainan ini juga turut menyediakan acara istimewa pada masa tertentu yang pasti dinanti-nantikan oleh pemain.

Permainan ini juga mengajar anda untuk menjadi seorang yang taktikal dan berwibawa sewaktu mengetuai kumpulan sewaktu bermain. Jika anda berminat dengan genre MOBA, anda boleh memuat turun permainan ini secara percuma di Google Play Store atau App Store.

4. Asphalt 9: Legends

game telefon pintar percuma

Seterusnya, permainan ini sesuai untuk mereka yang suka automotif atau genre perlumbaan. Asphalt 9: Legends dibangunkan oleh syarikat ternama Gameloft yang kita sedia maklum akan menawarkan permainan yang berkualiti tinggi.

Anda berpeluang untuk merasai semua kereta idaman dan menerokai lokasi-lokasi menarik yang terdapat di dunia. Tambahan pula, anda boleh mempelajari mengenai kereta yang berkuasa tinggi daripada jenama berprestij seperti Ferrari, Porsche, Lamborghini dan bermacam-macam lagi.

Di samping itu, anda boleh meneliti setiap sudut kereta dengan fungsi kamera 360 darjah untuk memberikan pengalaman seperti sedang melihat di dalam realiti. Grafik yang realistik dan audio yang jelas dapat meningkatkan lagi pengalaman permainan.

Terdapat pelbagai mod yang tersedia untuk memberikan cabaran kepada pemain untuk mencapai objektif yang ditetapkan. Permainan ini sangat sesuai untuk semua lapisan umur kerana cara permainan yang mudah. Anda boleh dapatkan secara percuma di Google Play Store dan App Store.

5. Among Us

game telefon pintar percuma

 

Permainan ini pernah viral suatu ketika dahulu dan masih mempunyai pemain yang ramai sehingga kini. Anda boleh bermain secara kasual bersama kenalan terdekat. Sebarang telefon pintar boleh dimainkan kerana spesifikasi yang diperlukan sangat minimum.

Misi permainan adalah untuk mencari dalang yang membuat masalah dan menyelesaikan tugasan. Walaupun grafik yang dipaparkan sangat biasa, pengalaman yang mendebarkan itu menjadi tarikan sebenar kepada pemain di luar sana.

Setiap pemain akan memainkan peranan penting untuk mengesan dalang di dalam kumpulan. Hal ini dapat meningkatkan ketangkasan untuk berfikir dan membuat pilihan yang betul supaya boleh mencapai objektif game ini. Sekiranya anda berminat untuk bermain bersama rakan-rakan, boleh dapatkan di Google Play Store dan App Store.

6. Beat Blader 3D: Dash and Slash!

vocket-tech-games-beat-2

Jika anda suka permainan genre muzik, permainan ini boleh memenuhi citarasa anda. Permainan Beat Blade: Dash Dance merupakan sebuah permainan muzik yang dimuatkan pelbagai lagu terkini pada setiap minggu. Cara bermain adalah dengan menggerakkan karakter menggunakan ibu jari untuk mengelak dan memecahkan blok di hadapan.

Audio yang dihasilkan sangat berkualiti untuk dinikmati sewaktu bermain. Di samping itu, terdapat pelbagai genre yang disediakan untuk diterokai oleh pemain. Setiap genre mempunyai rentak permainan yang berbeza untuk menambah kesukaran buat pemain.

Visual dan warna yang menawan pasti akan membuat anda leka untuk terus bermain. Kini anda boleh dapatkan game telefon pintar secara percuma di Google Play Store dan App Store.

7. Mario Kart Tour

vocket-tech-games-mario-baru-7

Permainan Mario Kart Tour merupakan sebuah permainan perlumbaan yang kasual dengan pelbagai rintangan yang perlu ditempuhi oleh pemain. Grafik yang cantik serta karakter yang comel pasti menarik perhatian setiap orang yang melihatnya.

Ditambah pula dengan pelbagai lokasi yang dicipta bagi memberi pengalaman baru setiap kali anda memainkannya. Anda juga boleh main bersama rakan-rakan atau bertanding dengan pemain dari serata dunia di internet.

Yang menariknya, cara pengawalan gokart tersebut sangatlah mudah dengan 2 jari sahaja. Tambahan pula, anda boleh mensabotaj pemain lain dengan hadiah misteri yang akan muncul secara rawak. Sekiranya anda ingin mencuba permainan Mario Kart Tour, boleh dapatkan secara percuma di Google Play Store dan App Store.

Pemilihan permainan ini telah dibuat berdasarkan maklum balas yang diterima daripada platform dan pengalaman sendiri. Anda disarankan untuk bermain pada kadar sewajarnya. Permainan ini sedikit sebanyak dapat mengisi masa lapang sekiranya anda ingin mencuba sesuatu yang baru.

Jika anda berminat dengan pilihan games telefon pintar percuma berikut, anda mungkin ingin mengetahui pilihan aplikasi belajar untuk anak pra-sekolah sepanjang PKP.

5 Pilihan Aplikasi Belajar Untuk Anak Pra-Sekolah Terokai Sepanjang PKP

5 Tablet Murah Dan Berkualiti Untuk Memudahkan Pelajar Menjalankan PdPR