7-Eleven Malaysia Lancar Aplikasi Ganjaran My7E, Beri Voucher RM3 Untuk Pengguna Baharu

7-Eleven Malaysia baru-baru ini telah melancarkan aplikasi ganjaran e-loyalty untuk pembeli setia mereka yang dikenali sebagai My7E. Ia sudah tersedia untuk dimuat turun di peranti Android dan juga iPhone.

Untuk meraikan pengguna yang memuat turun aplikasi ini pada telefon pintar mereka, satu kupon on-off RM3 boleh ditebus di mana-mana cawangan 7-Eleven Malaysia.

Bukan itu sahaja, ganjaran untuk bulan hari jadi, tawaran menarik setiap bulan (eksklusif menerusi aplikasi) dan ganjaran untuk pembeli setia 7-Eleven turut boleh ditebus menerusi My7E ini.

Antara ganjaran yang ditawarkan di My7E

“7-Eleven adalah convenience store yang terdapat di serata Malaysia yang dikunjungi jutaan rakyat Malaysia. Kami tahu ramai yang suka berjimat dan menerima ganjaran. My7E ini pastinya akan memberikan faedah kepada pembeli, kata CEO 7-Eleven Malaysia, Colin Harvey.

CEO 7-Eleven Malaysia, Colin Harvey tunjuk cara bagaimana untuk guna program e-loyalty My7E

Banyak lagi fungsi menarik yang terdapat pada My7E antaranya fungsi untuk mencari 7-Eleven terdekat yang berada berhampiran anda.

Bila beli Slurpee, jangan lupa scan barcode My7E kerana anda akan dapat Slurpee percuma selepas 6 pembelian Slurpee di 7-Eleven. Untuk muat turun, tekan di sini untuk pengguna Android dan tekan di sini untuk pengguna iOS.

Ini beberapa artikel berkaitan 7-Eleven antaranya produk halal yang anda boleh beli di 7-Eleven Thailand. Teka pada pautan di bawah.

https://www.thevocket.com/ini-senarai-makanan-halal-yang-anda-boleh-cuba-di-7-eleven-thailand/

https://www.thevocket.com/kisah-bagaimana-jenama-hausboom-berjaya-menembusi-chiller-7-eleven/

https://www.thevocket.com/lihat-apa-yang-anda-boleh-beli-di-7-eleven-taiwan/

Exit mobile version