Sudah menjadi kebiasaan buat pengguna iPhone mendapatkan kerangka atau case dalam menjaga keselamatan permukaan iPhone. Lambakan case di pasaran juga pastinya membuatkan para pengguna rambang mata dalam memilih case yang terbaik di samping rekaannya yang menarik.

Sebelum anda membuat sebarang pembelian case iPhone, anda perlu mengetahui kriteria yang diperlukan di dalam sesebuah case yang ditawarkan seperti ketahanan, rekaan, ketebalan, sedap untuk dipegang, kalis air dan lain-lain lagi. Berikut merupakan cadangan case iPhone terbaik yang anda boleh dapatkan di Shopee.

1. Apple Silicone Case with MagSafe – RM219

vocket-tech-iphone-case-apple
Sumber Gambar: Smart Home Magazine

Apple Silicone Case with MagSafe merupakan sebuah produk yang baru dikeluarkan oleh Apple khusus untuk model siri iPhone 12. Bahan binaan kerangka ini diperbuat daripada silikon yang lembut serta sedap untuk dipegang.

Pada bahagian dalam pula, case ini ditambah dengan bahan mikrofiber untuk menambah ciri perlindungan. Lebih menarik, terdapat binaan magnet tersedia untuk memudahkan proses memasang dan menanggal sewaktu mengecas pada Apple MagSafe.

Rekaan kerangka Apple ini telah melalui pelbagai ujian dan kajian rekaan bagi menghasilkan kerangka yang bergaya serta ciri perlindungan di tahap yang maksimum. Terdapat pelbagai penawaran warna yang boleh digayakan pada iPhone anda untuk tampak lebih bergaya.

Apple juga turut menambah plastik silikon pada sekeliling bahagian kamera untuk meningkatkan ciri keselamatan di lensa kamera.

Walaubagaimanapun, kerangka ini tidak boleh terdedah dengan aktiviti lasak atau suhu yang ekstrem yang boleh mengakibatkan bahan binaan menjadi kurang kukuh pada jangka masa yang panjang. Anda boleh dapatkan salah satu case iPhone terbaik ini di Shopee.

2. UAG Case Civilian Series – RM169

Sumber Gambar: Mikeshout

Produk UAG sangat dikenali dengan case yang sangat ringan serta memberi perlindungan yang maksimum kepada telefon. Rekaan siri Civilian kali ini kelihatan sangat estetik dan lebih nipis berbanding siri keluaran terdahulu. Permukaan yang rata menjadikan case ini sedap untuk dipegang malahan tersedia ciri kalis cap jari.

Badan case ini terdiri daripada dua lapisan yang berbeza iaitu lapisan luar yang menggunakan plastik yang keras manakala bahagian dalam pula disertakan dengan lapisan honeycomb.

Di samping itu, bahan case ini telah mendapat pengiktirafan standard spesifikasi ketahanan tentera untuk memastikan ia boleh menahan hentakan dari tempat tinggi dengan jayanya.

Bahagian lensa kamera turut dilindungi sepenuhnya untuk memastikan tidak terkena hentakan secara terus ketika terjatuh. Terdapat beberapa pilihan warna yang ditawarkan untuk case siri ini dan anda boleh dapatkan case ini di Shopee.

3. Catalyst Impact Protection Case – RM151

Sumber Gambar: iLounge

Jenama Catalyst pula terkenal dengan kemampuan case yang kalis air. Jika anda seorang yang suka mengembara, ini memang pilihan case yang sesuai untuk digunakan.

Anda boleh menggunakan fungsi pengecasan wireless disebabkan struktur di bahagian belakang yang nipis. Seterusnya, anda juga boleh menggantungkan iPhone di pergelangan tangan kerana tersedia lubang lanyard di bahagian tepi bucu case.

Case ini mampu menahan impak ketinggian sehingga 9 kaki malahan mempunyai ciri kalis air dengan kedalaman 6 kaki. Pada bahagian bezel skrin turut ditambah dengan lapisan yang tebal.

Permukaan bahan yang digunakan mampu menghalang daripada habuk melekat. Bahagian tepi case ini pula sangat sedap untuk dipegang dan tidak licin. Jika anda berminat Catalyst Impact Case, anda boleh dapatkan di Shopee.

4. Otterbox Symmetry Case – RM150

case iPhone terbaik
Sumber Gambar: Fliptronik

OtterBox sememangnya nama yang tidak asing lagi dalam menyediakan case iPhone terbaik untuk para pengguna. Pengguna iPhone pasti tertarik dengan ciri rekaan yang nipis, perlindungan yang terjamin serta pelbagai warna yang disediakan ini .

Selain itu, case ini turut mudah dipasang dan ditanggal daripada iPhone anda. Case ini diperbuat daripada plastik polimer yang keras dan dicampur sekali dengan getah sintentik untuk memberikan keselesaan sewaktu memegangnya.

Setiap penjuru skrin hadapan telah ditambah ketebalan getah untuk memberi perlindungan sekiranya iPhone terjatuh dalam keadaan skrin menghadap ke permukaan. Kualiti yang ditawarkan sememangnya di tahap yang optimum kerana sukar untuk rosak walaupun sering jatuh.

Namun, terdapat kesukaran untuk menekan butang kelantangan semasa menggunakan case ini. Hal ini mungkin akan sedikit sebanyak memberi impak kepada pengguna yang menggunakan butang kelantangan sewaktu mengambil gambar.

Siri OtterBox Symmetry bukanlah case yang murah tetapi ia telah membuktikan kemampuan perlindungan dan ketahanan tinggi untuk penggunaan jangka masa panjang. Rekaan yang nipis dapat memudahkan anda untuk menyimpan dan mengambil iPhone dari poket seluar. Kini anda boleh dapatkan Otterbox Symmetry Case di Shopee.

5. Rhinoshield Crash Guard NX Case – RM149

vocket-tech-iphone-case-rhino
Sumber Gambar: Leaf and core

Rhinoshield Crash Guard NX case adalah sebuah case bumper yang ditawarkan dengan pelbagai warna serta ciri perlindungan yang diperlukan untuk iPhone. Anda boleh mengubah warna case mengikut citarasa tersendiri. Bahan yang digunakan telah diperakui mempunyai ketahanan gred ketenteraan walaupun lebih nipis daripada versi sebelum ini.

Pada bahagian struktur dalam telah dibina dengan teknologi honeycomb untuk menyerap impak hentakan. Rekaan yang sangat nipis dan ringan kelihatan seakan tidak memakai sebarang case di iPhone.

Case ini sangat sesuai untuk mereka yang suka melihat keseluruhan rupa asal iPhone dengan ciri perlindungan yang terjamin. Bahan yang digunakan pada casing ini juga sangat fleksibel dan kukuh.

Pada bahagian sisi bumper terdapat perbezaan rekaan permukaan untuk memudahkan anda mengangkat iPhone di atas permukaan yang rata. Penutup filem belakang turut disediakan bagi mengelakkan masalah calar.

Tambahan pula, anda boleh menggunakan pengecasan wireless tanpa sebarang masalah. Rangka bumper ini masih terasa sedikit tebal sewaktu memegangnya. Sekarang anda boleh dapatkan case ini di Shopee.

6. Spigen Rugged Armor Case – RM47

vocket-tech-iphone-case-spigen
Sumber Gambar: Spigen

Syarikat Spigen juga merupakan salah satu jenama yang terkenal dalam penghasilan case iPhone terbaik yang berkualiti kepada pengguna. Bahan binaan case ini diperbuat daripada termoplastik yang fleksible.

Rekaannya yang elegen pasti menambat hati peminat iPhone. Warna yang ditawarkan untuk versi ini hanyalah Matte Black. Bahagian sisi case ini terdapat tekstur yang kasar untuk memberikan cengkaman yang lebih ketat dan lebih geseran. Kamera bumper juga telah dilindungi dengan sedikit lapisan tebal di bahagian berkenaan.

Case ini turut membenarkan pengecasan wireless kerana terdapat lubang yang disediakan pada bahagian logo di belakang panel. Permukaan case yang rata memberikan keselesaan sewaktu memegangnya.

Sentuhan rekaan dan bahan binaan pada case ini sangat berkualiti. Jika anda seorang yang minat dengan case yang premium serta berketahanan tinggi, anda boleh dapatkan case ini di Shopee.

7. Ringke Fusion X Case – RM45

vocket-iphone-case-ringke
Sumber Gambar: Twitter

Ringke Fusion X Case diperbuat daripada plastik polimer yang berkualiti tinggi bagi memastikan telefon anda selamat daripada sebarang kerosakan dan sedap dipegang. Antara ciri yang terdapat pada case ini adalah bahagian lustsinar di belakang case yang membolehkan anda lihat rekaan telefon sewaktu dipakai.

Permukaan yang rugged memberikan cengkaman dengan lebih baik serta keselesaan sewaktu anda memegangnya. Selain itu, case ini juga mempunyai daya geseran yang tinggi bagi memastikan iPhone anda tidak mudah bergerak sewaktu diletakkan di atas sebarang permukaan.

Walaupun belakang case ini mempunyai ketahanan yang tinggi, ia masih boleh tercalar sekiranya sering bergeseran dengan duit syiling atau kunci di poket. Pada bahagian tepi case ini pula turut direka dengan sedikit tebal bagi meningkatkan ketahanan impak jatuh dari tempat tinggi.

Anda juga boleh memasang lanyard pada bahagian lubang yang disediakan. Jangkaan ketahanan impak hanya pada sekitar 6 kaki dan ke bawah sahaja.

Di samping itu, anda boleh menggunakan pengecasan wireless berikutan bahagian belakang case yang nipis. Jika anda berminat dengan Ringke Fusion X Case ini, boleh dapatkan di Shopee.

Pemilihan case iPhone terbaik sangat penting bagi memastikan peranti anda dilindungi sepanjang masa. Kita sedia maklum kos untuk membaiki iPhone sangatlah mahal. Lebih baik sekiranya anda mengeluarkan modal lebih sedikit untuk mendapatkan case iPhone yang berkualiti.

Ketahui case iPhone yang termahal di dunia khas untuk golongan bangsawan yang mahu tampil berbeza di luar sana.

5 ‘Case’ iPhone Termahal Dunia Khas Buat Golongan Bangsawan Yang Mahu Tampil Unik

Smart Battery Case Diperkenalkan Buat iPhone 11 Dengan Harga RM539