Pada hari ini telah berlangsungnya jualan besar-besaran sempena 9.9 menerusi pelbagai platform termasuklah Shopee. Telefon pintar merupakan salah satu yang ditawarkan dengan potongan harga yang cukup banyak. Terdapat 6 telefon pintar yang anda boleh dapatkan bawah RM1,500 bersempena jualan Shopee 9.9.

Penawaran telefon pintarnya pula juga antara model yang dilancarkan pada tahun ini dan dikira cukup berbaloi jika didapatkan pada harga yang lebih rendah.

Bagi memudahkan anda, kami sertakan beberapa telefon pintar dengan jurang harga yang berbeza dalam memudahkan pengguna mendapatkan telefon pintar mengikut budget yang ditetapkan. Berikut merupakan 6 telefon pintar berbaloi anda boleh dapatkan RM1,500 pada jualan Shopee 9.9 kali ini.

1. Poco F3

Sumber Gambar: Shopee

Jenama Poco sangat terkenal dengan gelaran flagship killer dan kini model F3 muncul dengan spesifikasi yang mantap pada harga yang berpatutan. Model ini hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 870 yang cukup berkuasa bersama sokongan rangkaian 5G. Skrin paparan bersaiz 6.67 inci AMOLED dipadankan pula 120Hz refresh rate bakal menjanjikan pelayaran seharian yang sangat lancar.

Pilihan storan memori sehingga 8GB RAM dan ruang storan dalaman 256GB membolehkan pengguna dapat memuatkan pelbagai aplikasi atau gambar yang banyak. Dari segi bateri pula, model ini dengan kapasiti bateri 4,520 mAh yang turut menyokong pengecasan pantas 33W menerusi USB Type-C. Rekaannya yang tampak minimalis dan premium menjadi bonus tambahan.

Kamera utamanya didatangkan dengan 48MP+8MP+5MP yang sudah memadai bagi penggunaan pengambaran seharian. Poco juga menitik beratkan aspek sistem audio yang dibawakan Dolby Atmos speaker bagi pengalaman bunyi yang immersif serta realisitik. Jadi, anda perlu merebut peluang dapatkan Poco F3 pada harga serendah RM1,499 sahaja di Shopee.

Beli Sekarang Poco F3

2. OnePlus Nord 5G

Sumber Gambar: Shopee

OnePlus Nord masih menjadi pilihan yang berbaloi sekiranya anda ingin mendapatkan peranti yang serba lengkap. OnePlus Nord siri ini dilengkapi cip pemprosesan Snapdragon 765G dengan sokongan 90Hz refresh rate. Ditambah pula skrin bersaiz 6.44inci Fluid AMOLED serta tersedia perlindungan daripada Corning Gorrila Glass 5.

Model ini hadir dengan 12GB RAM dan 256GB ruang storan. Selain itu, model ini disertakan dengan bateri sebesar 4,115mAh bersama sokongan pengecasan pantas 30W. Kamera utama yang mempunyai sensor sebesar 48MP malah berupaya merakam video pada resolusi 4K 30FPS.

Antara muka OxygenOS yang kemas pasti menjanjikan pengalaman pelayaran yang lancar. Sokongan kemas kini perisian masih diberikan untuk beberapa tahun lagi oleh pihak OnePlus. Kepada anda yang ingin peranti serba lengkap bagi penggunaan jangka panjang, sudah boleh dapatkan OnePlus Nord 5G pada harga serendah RM1,469 di Shopee.

Beli Sekarang OnePlus Nord 5G

3. Oppo A74

Sumber Gambar: Shopee

Model A74 menampilkan rekaan yang premium berserta paparan skrin saiz 6.43 inci AMOLED FHD+ yang cukup cantik dan mempunyai sokongan 90Hz refresh rate bagi pelayaran yang lebih lancar. Dilengkapi cip pemprosesan Snapdragon 662 yang turut menyokong rangkaian 5G di mana sesuai digunakan pada jangka masa panjang.

Sokongan ruangan storan memori sehingga 6GB RAM dipadankan pula storan dalaman 128GB.Bateri sebesar 5000mAh menjanjikan pengalaman penggunaan sepanjang hari tanpa sebarang masalah.

Kamera pula didatangkan dengan sensor sebesar 48MP yang dibantu oleh AI menambahkan lagi pengalaman mengambil gambar dan video yang lebih menyeronokkan. Terdapat pengimbas cap jari di bawah skrin untuk ciri keselamatan.

Penawaran warna bagi model ini boleh didapati dengan dua pilihan iaitu hitam dan biru. Didatangkan dengan dua slot sim kad dan slot tambahan mikro SD kad untuk penambahan storan dalaman pada masa kelak jika perlu. Anda boleh dapatkan Oppo A74 pada harga yang cukup berbaloi sempena jualan 9.9 serendah RM777 menerusi Shopee.

Beli Sekarang Oppo A74

4. Vivo Y20s G

jualan 9.9
Sumber Gambar: Shopee

Vivo menawarkan pelbagai segmen peranti dan salah satu pilihan yang boleh dipertimbangkan adalah Vivo Y20s G. Model ini dikuasakan bersama cip Mediatek Helio G80 dengan kapasiti storan memori 6GB RAM dan storan dalaman 128GB. Skrin paparan berukuran 6.51inci IPS LCD yang dikira bersesuaian untuk penggunaan kasual.

Kapasiti bateri sehingga 5,000mAh yang juga disertakan sekali pengecasan pantas 18W. Seterusnya, bahagian kamera utama merangkumi sensor lensa 13MP wide, 2MP macro dan 2MP depth. Imej yang dihasilkan sangat memuaskan apabila menerima cahaya yang secukupnya. Peranti ini menjalankan sistem operasi perisian FunTouch OS berdasarkan Android 11.

Pengimbas cap jari turut tersedia pada bahagian sisi kanan peranti yang mudah diakses oleh pengguna. Pada bahagian bawah pula, terdapat bicu audio 3.5mm serta pembesar suara dan mikrofon. Sekiranya anda berminat untuk memilik model ini, boleh dapatkan di Shopee pada tanda harga RM679 sahaja

Beli Sekarang Vivo Y20s G

5. Infinix Hot 10S

jualan 9.9
Sumber Gambar: Shopee

Infinix bukanlah jenama yang biasa kita dengari namun spesifikasi yang ditawarkan sangat menarik dengan harga mampu milik. Telefon pintar ini didatangkan dengan saiz skrin yang cukup besar iaitu 6.82 inci dan sokongan 90Hz refresh rate untuk pengalaman pelayaran yang lancar.

Dikuasakan dengan cip pemprosesan Mediatek Helio G85 yang dipadankan memori sebesar 4GB RAM dan storan dalaman sehingga 128GB.Kamera utama juga dilengkapi 48MP sementara di bahagian hadapan hanya 8MP sahaja.

Yang menariknya, bateri sebesar 6,000mAh telah disediakan dengan sokongan pengecasan 10W. Terdapat pengimbas wajah dan cap jari bagi memudahkan akses masuk dan penambahan ciri keselamatan pada telefon tersebut.

Dari segi audio sudah ditambah baik dengan sistem pemproses audio DTS bagi menghasilkan bunyi yang lebih baik. Empat pilihan warna yang ditawarkan iaitu hitam, unggu, hijau Dan biru. Anda boleh dapatkan model Infinix Hot 10s pada harga serendah RM509 sahaja menerusi Shopee.

Beli Sekarang Infinix Hot 10s

6. Redmi 9C

jualan 9.9
Sumber Gambar: Shopee

Model terakhir dalam senarai kami adalah Redmi 9C. Model ini merupakan model kelas permulaan daripada Xiaomi yang boleh dipertimbangkan untuk kegunaan anak-anak anda sewaktu pembelajaran secara atas talian. Redmi 9C didatangkan dengan cip pemprosesan Mediatek Helio G35 yang mampu menjalankan semua aplikasi asas dengan baik.

Skrin paparan bersaiz 6.53inci IPS LCD sudah cukup luas untuk memaparkan konten dengan jelas. Di samping itu, model ini hadir dengan 4GB RAM serta ruang storan 64GB. Pengguna turut berpeluang menambah ruang storan tambahan menerusi slot mikro SD.

Terdapat tiga kombinasi kamera pada bahagian belakang yang merangkumi 13MP wide,2MP macro dan 2MP depth yang mampu menghasilkan gambar yang cukup menarik dan kamera hadapan pula dengan 5MP sahaja.

Kapasiti bateri sebesar 5,000mAh sudah semestinya sangat membantu pengguna mengharungi seharian tanpa perlu dicas berulang-kali. Untuk menambahkan ciri keselamatan, ianya hadir dengan pengimbas cap jari pada bahagian belakang peranti. Buat anda yang ingin mendapatkan telefon pintar ini bagi kegunaan anak-anak, kini harga yang ditawarkan serendah RM299 sahaja di Shopee.

Beli Sekarang Redmi 9C

Sebagai pengguna yang bijak, anda pasti mahu mendapatkan telefon pintar terkini dengan harga yang lebih rendah daripada harga penawaran asal. Lebih-lebih lagi ada sebahagian daripada anda sudah menyimpan wang dalam menantikan jualan 9.9 ini. Semoga telefon pintar yang disenaraikan ini dapat membantu anda membuat pilihan mengikut bajet dan keperluan masing-masing.

Sementara itu, Shopee juga sudah menyediakan sebuah laman khas untuk pendaftaran ShopeeFood buat pemilik kedai makan di luar sana.

Shopee Sediakan Laman Khas Untuk Pendaftaran ShopeeFood Buat Pemilik Kedai Makan

Shopee Bakal Tawarkan Servis Penghantaran Makanan Di Sekitar Lembah Klang Seawal September Ini

Sumber