Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Pada hari ini boleh dikatakan semua perkara sudah boleh dibuat menerusi telefon pintar sahaja. Oleh itu, ramai sedang mencari telefon flagship terbaik untuk kegunaan intensif dalam jangka masa panjang.

Syarikat pengeluar terkemuka pula sedia menawarkan sejumlah telefon pintar terkini yang berspesifikasi tinggi untuk memenuhi permintaan pengguna di pasaran. Pada kali ini, kami akan kongsikan enam telefon flagship terbaik yang anda boleh dapatkan untuk tahun ini.

1. Realme GT2 Pro 

telefon flagship terbaik

Sumber Gambar: Shopee

Salah satu model yang anda boleh pertimbangkan adalah Realme GT2 Pro. Model ini dilengkapi dengan cip pemprosesan terkini Snapdragon 8 Gen 1 bersama memori 12GB RAM dan juga storan dalaman mencecah 512GB. Kualiti paparan Realme GT2 Pro ini juga sangat bagus kerana berteknologi AMOLED berserta sokongan refresh rate 120Hz.

Selain itu, ia hadir dengan sistem penyejukan yang lebih baik bagi melambatkan proses pemanasan peranti terutamanya untuk sesi gaming menerusinya. Kehadiran kamera pelbagai fungsi turut boleh memastikan pengalaman fotografi yang menarik. Kapasiti bateri sebesar 5,000 mAh dan menyokong pengecasan pantas 65W SuperDart Charge.

Buat anda yang mahukan sebuah telefon flagship dengan harga berpatutan, model Realme GT2 Pro sedia ditawarkan dengan harga RM2,460 sahaja di Shopee.

Beli Sekarang Realme GT2 Pro 

2. Xiaomi 12 Pro

Sumber Gambar: Shopee

Model Xiaomi 12 Pro merupakan model pilihan ramai kerana dilengkapi dengan spesifikasi terbaik dengan harga berbaloi. Sebagai taraf flagship, model ini dikuasakan dengan cip pemprosesan Snapdragon 8 Gen 1 dengan memori 12 GB RAM serta storan dalaman 256GB. Selain itu, ia dilengkapi skrin paparan yang cukup bagus untuk penggunaan seharian.

Tidak hanya menfokuskan pada prestasi sahaja, Xiaomi menampilkan sistem audio yang padu dan imersif dengan adanya Dolby Atmos serta pembesar suara stereo Harman Kardon. Bahagian kamera pula dilengkapi tiga lensa berbeza yang membolehkan anda menggunakannya mengikut sesuatu situasi. Bateri sebesar 4,600 mAh dengan sokongan pengecasan 120W.

Xiaomi 12 Pro sedia ditawarkan dengan harga RM3,175 sahaja menerusi Shopee hari ini.

Beli Sekarang Xiaomi 12 Pro

3. Honor Magic4 Pro

telefon flagship terbaik

Sumber Gambar: Shopee

Dari segi spesifikasi dalaman, Magic4 Pro dijana dengan cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 8 Gen1 serta dilengkapi memori LDDR4 sebanyak 8GB dan storan UFS 3.1 512GB. Digabungkan pula dengan paparan skrin LTPO Quad-Curved OLED bersaiz 6.81 inci dengan resolusi Full HD+ serta sokongan refresh rate 120Hz.

Aspek fotografi juga diberikan fokus utama yang sedia menampilkan konsep Ultra Fusion Photography dengan penawaran sistem kamera empat lensa bersama sensor TOF dan juga sokongan IMAX Enchanced. Honor Magic4 Pro dibekalkan bateri bersaiz 4,800 mAh bersama sokongan untuk pengecasan pantas Honor Supercharge 100W.

[Sekejap] Belajar cara trade NFT dalam Bahasa Melayu. Belajar Sekarang!

Jika anda berminat dengan model flagship keluaran Honor ini, bolehlah dapatkan dengan RM3,999 di Shopee.

Beli Sekarang Honor Magic4 Pro

4. vivo X80 Pro

Sumber Gambar: Shopee

Model X80 Pro ini dilengkapi skrin 6.78-inci AMOLED dengan resolusi QHD+ dengan sokongan refresh rate 120Hz. Dari penggunaan cip pula, model ini dipadankan bersama Snapdragon 8 Gen 1 serta memori sehingga 12GB RAM dan storan dalaman sehingga 512GB.

Dari segi kamera, anda boleh mendapatkan gambar yang baik kerana hadir dengan tiga lensa khas serta sensor penstabilan dan juga cip khas ISP Vivo V1+. Kapasiti bateri sebesar 4,700 mAh turut menyokong pengecasan pantas 80W serta boleh dicas secara wireless dengan kepantasan 50W.

vivo X80 Pro kini boleh didapatkan dengan harga RM4,599 menerusi Shopee.

Beli Sekarang vivo X80 Pro 

 5. Samsung Galaxy S22 Ultra

Sumber Gambar: Shopee

Galaxy S22 Ultra turut dilancarkan sebagai model paling premium untuk Samsung pada tahun ini. Sebagai model yang paling berkuasa, ia dilengkapi dengan skrin 6.8-inci Dynamic AMOLED 2X QHD+ bersama teknologi Vision Booster untuk menawarkan kualiti visual yang lebih baik. Malah, hadir dengan sokongan refresh rate adaptive 120Hz.

Sistem kuad kamera juga bakal menjanjikan penawaran gambar dan video yang baik Bateri yang diberikan sebesar 5,000 mAh bersama dengan sitem pengecasan berwayar pantas 45W dan hadir sokongan berbalik Wireless PowerShare 15W. S Pen turut hadir dengan tambahan bluetooth yang membolehkan ia digunakan sebagai alat kawalan jauh.

Model flagship terbaik keluaran Samsung ini berharga RM4,999 yang mana ditawarkan di Shopee.

Beli Sekarang Samsung Galaxy S22 Ultra

6. iPhone 13 Pro

telefon flagship terbaik

Sumber Gambar: Shopee

Apple sedia menawarkan sebuah telefon flagship terbaik setakat ini iaitu iPhone 13 Pro. Model ini dikuasakan dengan cip Apple A15 Bionic serta menggunakan skrin OLED Super Retina XDR. Menariknya, model ini hadir dengan sokongan refresh rate 120Hz menerusi teknologi ProMotion.

Dari segi kamera, model ini masih lagi mengekalkan penawaran tiga kamera dengan sensor LiDAR. Selain itu, model ini turut menyokong rakaman video 4K HDR, Apple ProRes dan juga Dolby Vision HDR. Bateri bersaiz 3,095 yang mana mempunyai ketahanan bateri 1.5 jam lebih panjang iPhone 12 Pro.

Jika anda ingin memiliki iPhone 13 Pro ini, boleh dapatkan di Shopee dengan harga RM5,399.

Beli Sekarang iPhone 13 Pro

Berdasarkan pilihan-pilihan model flagship yang disenaraikan di atas, iPhone 13 Pro merupakan pelaburan yang berbaloi kerana penawaran pelbagai fungsi yang menarik serta sudah terjamin kemas kini sekuriti dalam jangka masa panjang. Malah, anda boleh menjual semula dengan harga yang berpatutan.

Telefon flagship sudah menjadi satu benda wajib untuk dimiliki dalam memastikan setiap urusan seharian boleh berjalan lancar. Model-model yang disenaraikan ini mempunyai cip terkini yang boleh menjamin sebarang tugasan intensif boleh dikendalikan dengan baik serta boleh digunakan untuk jangka masa panjang.

Dalam pada itu, anda juga boleh mengetahui model-model laptop gaming yang berbaloi didapatkan untuk kegunaan profesional seharian.

5 Laptop Gaming Berkuasa Tinggi Yang Berbaloi Anda Boleh Dapatkan Di Shopee

6 Laptop Cooler Yang Berbaloi Anda Didapatkan Dengan Harga Serendah RM17.99 Di Shopee

© 2022 The Vocket Sdn Bhd (1305683-A), a part of Media Prima Group