Kita sudah tiba di pengakhiran bulan Jun yang mana menandakan bahawa penjanjian DNB bersama syarikat telekomunikasi tempatan akan selesai dalam menentukan sama ada mereka berminat untuk memiliki kepentingan ekuiti atau sebaliknya.

Laporan terbaru mengatakan bahawa enam syarikat telekomunikasi secara tidak rasmi dengan tawaran DNB termasuk mengambil alih pegangan dalam syarikat itu. Urusan rasminya akan diselesaikan pada awal bulan hadapan.

Sumber Gambar: Business Today

Sumber asal memaklumkan bahawa mereka kini sedang melakukan usaha wajar (due diligence) dan dijangka selesai dalam dua minggu. Sebanyak sembilan syarikat telekomunikasi di dalam senarai, hanya enam daripadanya yang mengambil pegangan DNB dengan sama rata iaitu 12% setiap satu.

Antara enam syarikat telekomunikasi yang dimaksudkan termasuklah Celcom, Digi, Maxis, U Mobile, Telekom Malaysia dan YES. Namun, ia hadir dengan diskaun di mana antara kandungan perjanjian yang dipersetujui adalah syarikat telekomunikasi akan menerima diskaun sehinggalah liputan 5G DNB mencapai 80%.

Malah, SKMM turut harus menyemak semula harga bagi setiap tiga tahun. Berdasarkan perancangan jadual, liputan rangkaian 5G sehingga 80% hanya boleh dicapai pada tahun 2024.

Dalam pada itu, SKMM juga dilaporkan telah meluluskan penggabungan syarikat telekomunikasi gergasi Celcom dan Digi.

SKMM Dilaporkan Luluskan Penggabungan Syarikat Celcom Dan Digi

Gabungan Celcom Dan Digi Mendesak Yodoo Untuk Dijual Atau Ditamatkan Perkhidmatan

Sumber