Portable air cond berbaloi sudah menjadi satu keperluan buat seisi rumah kerana keadaan cuaca panas yang tidak menentu ketika ini. Dengan alat ini juga, anda boleh menyejukkan mana-mana ruang secara khusus kerana boleh dialihkan dengan mudah.

Terdapat sejumlah jenama terkemuka yang sedia menawarkan alat ini dengan harga berpatutan. Mari kita lihat enam pilihan model portable air cond berbaloi yang boleh didapatkan di Shopee pada harga bermula RM899 sahaja.

1. Morgan 1.0 HP Portable Air Cond MAC-093 Lite

portable air cond
Sumber Gambar: Shopee

Pertama sekali, model MAC-093 Lite ini merupakan antara pilihan termurah di pasaran dengan beberapa ciri menarik dibawakan.  Model ini menampilkan rekaan yang moden siap dengan paparan LED. Selain itu, terdapat roda yang tersedia untuk memudahkan anda mengalih ke mana sahaja.

Bukan itu sahaja, model ini juga boleh digunakan sebagai dehudifying dan kipas. Mod kipas pula boleh dilaraskan mengikut keselesaan masing-masing. Anda turut boleh mengawal menggunakan alat kawalan serta menetapkan masa untuk mematikan penghawa dingin mudah alih ini secara automatik.

Kini anda boleh dapatkan penghawa dingin mudah alih keluaran Morgan berharga RM899 sahaja di Shopee.

Beli Sekarang Morgan 1.0 HP Portable Air Cond MAC-093 Lite

2. Midea MPH-09CRN1 Portable Air Cond

Sumber Gambar: Shopee

Syarikat Midea turut ada memasarkan satu model portable air cond  yang bagus. Model MPH-09CRN1 ini hadir dengan beberapa ciri menarik seperti sistem penyejatan pintar dan mod tidur yang boleh menjimatkan penggunaan elektrik pada waktu malam.

Menariknya, pada bahagian penapis hadir dengan teknologi ion yang boleh meneutralkan bau hapak atau busuk dalam masa yang sama mengalirkan udara yang segar menerusinya. Dari segi rekaan pula, ia tampil kompak serta ringkas sekaligus menjadikan ia mudah untuk dikendalikan oleh semua lapisan umur.

Portable air cond Midea ini boleh didapatkan pada harga RM1,029 melalui Shopee.

Beli Sekarang Midea MPH-09CRN1 Portable Air Cond

3. Hisense R32 1.5 HP Portable Air Cond AP12NXG

portable air cond
Sumber Gambar: Shopee

Antara pilihan terbaik yang boleh didapatkan pada harga berpatutan adalah Hisense AP12NXG. Model ini mempunyai teknologi Fast Cooling berkapasiti 12000 BTU yang mampu menyejukkan ruang rumah anda dengan pantas. Selain itu, fungsi penyahlembapan juga boleh membantu menggurangkan kelembapan bilik ke tahap yang paling selesa untuk anda.

Selain berfungsi sebagai penghawa dingin, anda boleh juga menggunakan ia sebagai humidifier atau kipas yang mana boleh dilaras kepada tiga tahap kepantasan menerusinya. Model ini juga boleh beroperasi dengan senyap sekaligus membuatkan pengalaman penggunaan yang lebih baik.

Anda boleh dapatkan model AP12NXG pada harga RM1,139 menerusi Shopee.

Beli Sekarang Hisense R32 1.5 HP Portable Air Cond AP12XG

4. Pensonic 1HP Portable Air Cond PPA101

Sumber Gambar: Shopee

Seterusnya, Pensonic juga membawakan sebuah model premium dengan rekaan yang cukup estetik dan moden serta dilengkapi dengan teknologi terkini. Model ini didatangkan dengan panel kawalan LED yang memudahkan anda memantau pelbagai fungsi termasuklah mod penyejukan, tetapan masa dan sebagainya.

Seperti model-model yang disenaraikan, Pensonic juga menjadikan ia sebagai multifungsi yang boleh menjadi humidifier atau kipas. Selain itu, penapis juga sudah direka untuk mudah dibersihkan dari semasa ke semasa. Bunyi yang dihasilkan pula sangat minimal sekaligus tidak akan menggangu kehidupan seharian anda.

Model PPA101 ini sedia ditawarkan pada harga RM1,149 di Shopee.

Beli Sekarang Pensonic 1HP Portable Air Cond PPA101

5. TCL 1.5HP Portable Air Cond Elite Series TAC-12CPA

portable air cond berbaloi
Sumber Gambar: Shopee

Anda juga boleh pertimbangkan portable air cond keluaran TCL ini. Model TAC-12CPA mempunyai rekaan yang minimalis dan kompak sekaligus boleh dimuatkan dengan mudah di rumah. Dengan kapasiti penyejukan yang tinggi sebanyak 12000 BTU, ruang anda akan cepat sejuk dengan kelajuan arus 330m3.

Paling menarik mengenai model ini adalah hadir tanpa sistem saliran air yang mana boleh beroperasi secara berterusan dengan lancar. Antara ciri lain yang ditawarkan termasuklah ayunan aliran udara empat arah, mod tidur, tetapan masa penggunaan dan boleh dikawal menggunakan alat kawalan jauh.

Anda boleh dapatkan model TAC-12CPA pada harga RM1,299 menerusi Shopee.

Beli Sekarang TCL 1.5HP Portable Air Cond Elite Series TAC-12CPA

6. Sharp 1.0HP R32 Portable Air Cond SHP-CVH10YD

Sumber Gambar: Shopee

Akhir sekali, anda boleh mendapatkan portable air cond dari jenama dipercayai sejak sekian lama iaitu Sharp. Model ini mempunyai rekaan yang ringkas dan kompak sekaligus mudah untuk dikendalikan. Dengan kuasa 1.0HP, ia boleh menyejukkan ruangan anda dengan kadar segera.

Selain efektif dalam penyejukkan ruang, model ini hadir dengan pelbagai ciri tersendiri seperti child lock, tiga mod kipas dan juga penyahlembapan. Bunyi yang dihasilkan pula sepatutnya sekitar 53dBA sahaja. Pada bahagian atas portable air cond dilengkapi butang-butang kawalan untuk memudahkan pelarasan.

Anda boleh dapatkan produk keluaran Sharp ini pada harga RM1,399 menerusi Shopee.

Beli Sekarang Sharp 1.0HP R32 Portable Air Conditioner SHP-CVH10YD

Bercakap mengenai berbaloi, model portable air cond keluaran Hisense berjaya menampilkan pelbagai ciri penting dalam memastikan pengalaman penggunaan yang baik terutamanya dengan ada ciri penyejukan pantas. Malah, kehadiran ciri sistem penyejatan automatik turut dapat memastikan ia boleh beroperasi pada setiap masa.

Portable air cond ini memang sesuai untuk anda yang mahukan sistem penyejukan yang senang untuk diservis sendiri serta pemasangan yang mudah. Anda juga diingatkan untuk menggunakan portable aircond ini secara berhemat agar bil elektrik terkawal.

Sementara itu, anda juga boleh pertimbangkan USB extension plug baru untuk menampung keperluan barangan dan perkakasan elektronik di rumah.

Lebih Selamat Dan Praktikal, Ini 5 USB Extension Plug Yang Sedia Ditawarkan Di Shopee

Lebih Pantas Dan Mudah, Ini 6 Portable Printer Yang Berbaloi Anda Dapatkan Di Shopee

Sumber