Sejak dunia dilanda pandemik, webcam terbaik sudah menjadi gajet yang sangat penting dalam urusan seharian. Ini termasuklah untuk berkerja secara online, buat jualan secara langsung dan sesi pembelajaran.

Terdapat banyak jenis model dan spesifikasi yang sedia ditawarkan di pasaran hari ini sehingga sukar untuk membuat pemilihan. Oleh itu, kali ini kami senaraikan enam pilihan webcam terbaik dengan kualiti imej dan audio yang jelas di Shopee.

1. Xiaovv USB Camera 

Sumber Gambar: Shopee

Pertama sekali, sebuah model webcam keluaran Xiaovv yang anda boleh cuba kerana penawaran kualiti yang baik dengan harga berpatutan. Model ini mempunyai resolusi 1080P HD bersama sudut ultra lebar 150° yang menjanjikan pengalaman panggilan video yang sangat baik dan jelas.

Selain itu, terdapat juga ciri Auto Focus yang akan menfokuskan kepada beberapa orang secara serentak dengan pantas dan tepat. Malah, model ini turut mempunyai mikrofon bersama noise reduction yang dapat menghasilkan audio yang jelas dan lantang sewaktu bercakap.

Xiaovv USB Camera berharga RM48.90 sahaja yang boleh didapatkan di Shopee hari ini.

Beli Sekarang Xiaovv USB Camera

2. ANBIUX USB Webcam

webcam terbaik
Sumber Gambar; Shopee

Antara pilihan model webcam yang digunakan oleh orang ramai adalah ANBIUX USB Webcam. Kelebihan yang terdapat pada model ini adalah boleh menyokong pelbagai aplikasi untuk panggilan video atau streaming seperti Youtube, Zoom, Facebook dan banyak lagi.

Webcam ANBIUX ini boleh menghasilkan imej yang lebih jelas dan lancar kerana adanya sokongan 30fps bersama resolusi 1080P Full HD. Fungsi Auto Light Correction pula akan menyesuaikan kualiti video mengikut pencahayaan di setiap persekitaran jadi video dan gambar yang terhasil akan tetap cerah walaupun berada di tempat gelap.

Model ANBIUX USB Webcam sangat sesuai buat anda yang mempunyai bajet terhad kerana ia dijual pada harga RM52.69 sahaja menerusi Shopee.

Beli Sekarang ANBIUX USB Webcam

3. IFROO Full HD 1080P Webcam

webcam terbaik
Sumber Gambar: Shopee

Seterusnya, model IFROO Full HD Webcam juga merupakan salah satu pilihan berbaloi yang boleh didapatkan di Shopee. Menerusinya, anda boleh membuat panggilan video dengan resolusi 1080 HD berserta sokongan 30fps. Selain mempunyai gambar yang jelas, anda juga boleh melaraskan sudut pandangan mengikut keperluan anda.

Model ini juga mudah untuk dipasang pada mana-mana komputer kerana hanya perlu diklipkan pada bahagian atas skrin sahaja. Di samping itu, anda juga tidak perlu risau dengan kualiti audio yang dihasilkan kerana mikrofonnya sudah terbina bersama ciri noise reduction.

Model IFROO Full HD Webcam kini dijual pada harga serendah RM95 sahaja di Shopee.

Beli Sekarang IFROO Full 1080P HD Webcam

4. Fantech Luminous C30 2K Webcam

webcam terbaik
Sumber Gambar: Shopee

Pilihan yang paling menarik lain yang sedia didapatkan adalah Fantech Luminous Webcam C30. Ini kerana dilengkapi dengan ciri kamera kualiti HD 2K dengan sudut lensa 106° yang agak luas. Gambar dan video yang dihasilkan sangat vibran dan menarik serta boleh menyokong sehingga 25fps bagi panggilan video.

Selain daripada itu, model ini didatangkan dengan ciri fleksibiliti dan privasi kerana boleh dilaraskan mengikut keselesaan pengguna serta mempunyai penutup lensa yang boleh digunakan. Seperti jenama webcam lain, model ini juga mempunyai mikrofon yang terbina untuk tujuan komunikasi sewaktu sesi panggilan video.

Jika anda berminat dengan Fantech Luminous C30 2K Webcam, boleh dapatkan pada harga RM149.90 di Shopee.

Beli Sekarang Fantech Luminous C30 2K Webcam

5. Aukey PC-LM1E FHD Webcam

Sumber Gambar: Shopee

Sebuah lagi jenama yang sedia menawarkan webcam yang berkualiti tinggi dengan harga berpatutan adalah Aukey. Perkara yang menarik mengenai model ini adalah rekaan yang fleksibel kerana ia boleh diklip pada laptop, boleh lekapkan pada tripod atau pun boleh letak di atas permukaan rata.

Webcam ini mempunyai resolusi skrin penuh 1080P HD dengan kadar bingkai mencecah 30fps. Dari segi audio pula, ia hadir dengan dwi mikrofon di bahagian kiri dan kanan berserta ciri tapisan latar bunyi yang membolehkan suara anda terdengar lebih jelas dan realistik walaupun di tempat ramai orang.

Anda boleh dapatkan webcam keluaran Aukey ini dengan harga RM159 melalui Shopee.

Beli Sekarang Aukey PC-LM1E FHD Webcam

6. Logitech C920 HD Pro Webcam

Sumber Gambar: Shopee

Akhir sekali, anda pertimbangkan model Logitech C920 HD Pro Webcam yang dilihat mempunyai permintaan yang tinggi di kalangan pengguna. Apa yang menarik tentang Logitech 920 Webcam adalah kualiti gambar dan video kelihatan lebih jelas dan sharp dengan resolusi 1080P Full HD.

Terdapat ciri fokus dan pembetulan cahaya secara automatik yang boleh memastikan gambar atau video yang dihasilkan lebih terang walaupun berada di dalam bilik yang malap. Ditambah pula dengan tetapan dwi mikrofon yang termasuk ciri tapisan latar bunyi yang pasti dapat memastikan setiap percakapan boleh didengari dengan jelas.

Anda boleh dapatkan Logitech C920 HD Pro Webcam yang sedia ditawarkan pada harga RM338 melalui Shopee hari ini.

Beli Sekarang Logitech C920 HD Pro Webcam

Berdasarkan sejumlah model webcam yang dinyatakn di atas, Logitech C920 HD Pro Webcam sememangnya pilihan berbaloi kerana menampilikan pelbagai ciri serba canggih serta rekaan yang fleksibel. Malah, ramai pengguna berpuas hati dengan kualiti gambar dan video yang dihasilkan sewaktu panggilan video dibuat.

Konklusinya, pilihan webcam terbaik dapat memastikan setiap kali sesi panggilan video boleh berjalan lancar. Malah, dengan mendapatkan webcam terbaik juga dianggap sebagai pelaburan yang bagus kerana boleh digunakan untuk jangka masa panjang.

Dalam pada itu, anda juga perlu mengetahui sejumlah pilihan CCTV yang berbaloi dan berkualiti untuk pengawasan keselamatan sekitar rumah anda.

6 CCTV Yang Berkualiti Dan Berbaloi Untuk Pengawasan Keselamatan Sekitar Rumah Anda

Berbaloi Dan Tahan Lasak, Ini 6 Dashcam Berbaloi Didapatkan Dengan Kualiti Video Yang Baik

 

 

Sumber