Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Tablet android berbaloi merupakan satu alternatif terbaik selain laptop untuk melakukan pelbagai tugasan seharian dengan mudah pada bila-bila masa. Malah, tablet pada hari ini tampil dengan spesifikasi padu pada harga mampu milik.

Artikel Berkaitan:

Dengan kehadiran sejumlah tablet android di dalam pasaran, anda pasti masih bingung mahu memilih model apakah yang patut dibeli untuk kegunaan seharian. Di sini, kami kongsikan enam pilihan tablet android berbaloi untuk didapatkan di bawah RM2,000 sahaja.

1. OPPO Pad Air

Sumber Gambar: Shopee

OPPO Pad Air baru sahaja dilancarkan pada awal tahun ini dengan tawaran harga marhaen. Tablet ini hadir dengan skrin 10.36-inci menggunakan panel LCD, dan menawarkan resolusi 2K. Selain itu, tablet OPPO dilengkapi cip Snapdragon 680, memori sehingga 6GB RAM bersama padanan storan sehingga 128GB.

Menariknya, OPPO turut menyertakan sokongan audio Dolby Atmos untuk pengalaman hiburan yang lebih mantap. Pada bahagian kamera, tablet ini menyertakan kamera belakang 8MP bersama kamera swafoto 5MP. Kapasiti bateri sebesar 7,100mAh  bakal membolehkan penggunaan sepanjang hari.

Anda boleh mendapatkan tablet OPPO pada harga serendah RM1,089 di Shopee.

Beli Sekarang OPPO Pad Air

2. HONOR Pad 8

Sumber Gambar: Shopee

Tablet yang anda boleh pertimbangkan di bawah bajet RM2,000 adalah Honor Pad 8. Tablet ini hadir dengan skrin sebesar 12-inci LCD yang mana turut  mempunyai perlindungan blue light untuk menjaga kesihatan mata apabila melihat skrin dalam jangka masa panjang.

Model ini dijana cip Snapdragon 680 dengan memori 6GB RAM dan storan dalaman 128GB. Bateri sebesar 7,250 mAh ini juga menyokong pengecasan pantas 22.5W SuperCharge. Sejumlah  lapan embesar suara  yang ditala dengan DTS bersama HONOR Histen Audio memberikan hasil audio yang imersif apabila dimainkan video.

Honor Pad 8 ini sedia dijual pada harga RM1,349 melalui Shopee hari ini.

Beli Sekarang HONOR Pad 8 

3. LENOVO Tab P11 Plus

tablet android berbaloi
Sumber Gambar: Shopee

LENOVO Malaysia juga sedia menawarkan sebuah tablet mampu milik yang padu untuk produktiviti seharian. Tablet LENOVO ini hadir dengan paparan IPS resolusi 2K bersaiz 11-inci dengan bingkai nipis sekaligus memberikan paparan konten yang lebih imersif. P11 Plus dibekalkan bateri sebesar 7,700mAh dengan sokongan pengecasan 20W.

Spesifikasi pula hadir dengan cip pemprosesan MediaTek Helio G90T dengan memori 4GB RAM dan storan dalaman sebesar 64GB. P11 Plus turut ditawarkan dengan pilihan untuk mendapatkan dok papan kekunci dan juga stylus Lenovo Precision Pen 2 untuk tujuan produktiviti dan kreatif.

Sekejap • Belajar cara trade NFT dalam Bahasa Melayu. Belajar Sekarang!

Kini anda boleh mendapatkan LENOVO Tab 11 Plus pada harga RM1,399 melalui Shopee.

Beli Sekarang LENOVO Tab 11 Plus

4. Xiaomi Pad 5

Sumber Gambar: Shopee

Xiaomi Pad 5 hadir dengan skrin sebesar 11-inci IPS LCD yang juga menyokong refresh rate 120Hz dengan keterangan sehingga 500 nits pasti menjanjikan paparan visual yang lebih menarik. Sokongan Dolby Vision dan ciri warna DCi-P3 menerusi paparan mampu menonjolkan warna yang lebih vibran dan jelas.

Selain itu, model ini dikuasakan cip pemproses Snapdragon 860 bersama memori 6 GB RAM dan storan dalaman sehingga 256 GB. Tablet ini mempunyai kapasiti bateri sebesar 8,720 mAH yang menjanjikan waktu penggunaan sehingga 16 jam dan boleh dicas semula menerusi pengecasan pantas 22.5W.

Kini anda boleh dapatkan Xiaomi Pad 5 dengan harga RM1,339 menerusi Shopee.

Beli Sekarang Xiaomi Pad 5

5. realme Pad X

Sumber Gambar: Shopee

realme Pad X merupakan tablet dengan skrin 11-inci LCD beresolusi 2K bersama perlindungan blue light untuk penjagaan mata yang baik. Tablet realme ini dijana dengan Snapdragon 695 bersama padanan memori 6GB RAM dn storan dalaman 128GB.

Bateri pula sebesar 8,340mAh yang sedia menyokong sistem pengecasan pantas 33W Dart Charge. Malah, tablet ini juga hadir dengan sokongan kad sim bersama rangkaian 5G menerusinya. Di samping itu, tablet ini hadir dengan kamera utama 13MP, kamera swafoto 8MP dan empat pembesar suara yang menyokong Dolby Atmos dan Hi-Res Audio.

realme Pad X yang berharga RM1,599 ini sedia ditawarkan menerusi Shopeee.

Beli Sekarang realme Pad X

6. Samsung Galaxy Tab S7 FE

tablet android berbaloi
Sumber Gambar: Samsung

Tablet S7 FE ini dilengkapi skrin 12.4″ TFT dengan resolusi WQXGA yang menyokong stylus S Pen. Selain itu, ia dijana cip Snapdragon 750G, memori mencapai 6GB RAM, storan sehingga 128GB dan sokongan kad mikro SD sehingga 1TB. S Pen yang disertakan juga boleh disimpan secara magnetik pada panel belakang.

Peranti turut hadir dengan kamera utama 8MP dan kamera swafoto 5MP untuk kegunaan fotografi atau pun panggilan video. Bateri sebesar 10,090 mAh yang turut menyokong pengecasan pantas 45W menerusi port USB-C. Dari segi audio pula, pembesar suara stereo AKG dengan Dolby Atmos dapat memastikan sebarang media yang dimainkan menawarkan audio yang terbaik menerusinya.

Anda boleh dapatkan tablet android premium ini pada harga RM1,849 di Shopee.

Beli Sekarang Samsung Galaxy Tab S7 FE

Berdasarkan pemerhatian terperinci terhadap senarai di atas, tablet android berbaloi adalah Samsung Galaxy Tab S7 FE kerana hadir dengan spesifikasi padu dengan sejumlah ciri premium untuk kegunaan saharian. Bukan itu sahaja, kualiti binaannya juga sudah terjamin lebih premium dan bagus.

Diharapkan dengan senarai pilihan di atas memudahkan anda mengenali beberapa tablet terbaik yang boleh didapatkan pada harga bawah RM2,000 di dalam pasaran buat masa ini. Kesemua tablet yang dinyatakan juga adalah antara model yang terkini ditawarkan oleh pengeluar rasmi.