Sebahagian permainan komputer sedia ditawarkan secara percuma sahaja manakala beberapa permainan ternama perlu didapatkan menerusi platform pengedaran permainan digital seperti Steam.

Untuk pengetahuan, sudah menjadi kebiasaan buat Steam memberikan potongan harga sehingga 80% untuk permainan terkenal dalam tempoh waktu tertentu. Maka, kami himpunkan sebanyak 6 permainan berbaloi di Steam bersempena jualan istimewa bulan Oktober ini.

1. Microsoft Flight Simulator – RM187.20

permainan berbaloi di steam
Sumber Gambar: Youtube

Permainan simulasi ini telah menerima pelbagai komen yang positif serta diminati oleh ramai pemain di luar sana. Permainan ini sedia menawarkan pengalaman yang sangat mengagumkan dengan menaiki pelbagai jenis kapal terbang yang tersedia mengelilingi lokasi-lokasi menarik di dunia sebenar. Anda juga berpeluang merasai sendiri cara mengemudi kapal terbang seperti realiti.

Menariknya, ia hadir dengan ciri cuaca yang sebenar untuk menambahkan lagi pengalaman yang menarik sewaktu penerbangan tersebut. Ditambah pelbagai bangunan, hidupan liar yang disertakan sudah pasti anda tidak akan merasa jemu untuk terus bermain. Skil anda juga akan diuji berdasarkan jenis kapal, cuaca dan pelbagai aspek lain yang boleh memberi kepuasan pada setiap kali dimainkan.

Microsoft Flight Simulator boleh didapati dengan harga bermula RM187.20 sahaja.

2. Dying Light Platinum Package – RM57.99

permainan berbaloi di steam
Sumber Gambar: GamesRadar

Dying Light telah menjadi satu penanda aras baharu buat genre survival horror di era apokalips zombie dengan pelbagai elemen menarik yang disertakan dalam corak permainan. Pemain boleh bergerak dengan fleksibel serta mampu memanjat sebarang bangunan tanpa sebarang halangan. Aksi dan gaya perlawanan yang realistik juga antara aspek yang diminati umum.

Permainan menjadi lebih mencabar apabila terdapat pelbagai ancaman selain daripada zombie di kawasan bandar tersebut. Plot cerita yang ditampilkan juga dikira cukup menarik untuk diikuti. Anda juga perlu menguruskan sumber terhad dengan sebaiknya untuk meneruskan kehidupan dan menaik taraf senjata sepanjang permainan itu.

Sekarang anda boleh dapatkan permainan yang cukup mencabar ini dengan harga promosi RM57.99.

3. No Man’s Sky – RM52.90

permainan berbaloi di steam
Sumber Gambar: PCGamesN

Permainan No Man’s Sky masih menjadi perhatian pemain sehingga ke hari ini oleh kerana pihak pembangun masih menambah konten menarik buat peminatnya. Anda boleh meneroka ke pelbagai planet dengan menaiki kapal angkasa sendiri tanpa sebarang halangan. Panoramanya yang kaya dengan pelbagai jenis hidupan atau tumbuhan unik sangat menarik untuk diterokai.

Malah, anda boleh bermain bersama rakan-rakan menyelesaikan misi mahupun berkongsi sumber untuk meneruskan kehidupan yang mencabar di angkasa lepas. Terdapat pelbagai kapal angkasa yang boleh dinaik taraf serta dimiliki untuk pelbagai tujuan sepanjang eksplorasi di dunia tersebut.

Permainan ini sedia ditawarkan dengan harga bermula RM52.90 sahaja.

4. Fallout 4: GAME OF THE YEAR – RM41.87

permainan berbaloi di steam
Sumber Gambar: Areajugones

Fallout ini merupakan siri permainan yang sangat popular di kalangan peminat gamer tegar. Permainan ini menawarkan pengalaman permainan yang cukup berbeza berbanding permainan lain di pasaran. Hal ini kerana setiap pilihan interaksi dan tindakan bersama karakter lain bakal mempengaruhi plot cerita tersebut.

Terdapat pelbagai misi serta konten DLC tambahan yang boleh menarik anda untuk bermain berterusan. Selain itu, anda juga perlu menjelajah pelbagai lokasi dalam menyelesaikan sesuatu objektif. Tidak semudah yang disangka kerana terdapat pelbagai ancaman musuh termasuklah manusia, binatang, mutant dan sebagainya sewaktu eksplorasi.

Ini merupakan permainan berbaloi di Steam yang boleh didapati kerana didatangkan di dalam bundle pada harga serendah RM41.87 sahaja.

5. Subnautica – Rm40.80

Sumber Gambar: Pockettactic

Sekiranya anda mahukan permainan eksplorasi yang mengujakan sementara menikmati persekitaran yang menarik, Subnautica sudah pasti menjanjikan pengalaman yang baharu dengan pelbagai lokasi serta mahluk yang boleh ditemui sepanjang permainan tersebut. Anda berpeluang menyelami dunia akuatik di lautan dalam dengan panorama yang cukup menawan.

Ditambah pula audio yang dihasilkan cukup realistik yang pasti menambahkan lagi elemen debaran sewaktu melakukan eksplorasi ataupun misi yang disediakan. Dalam meneruskan kehidupan di bawah laut, anda perlu mengumpul sumber bumi serta menaik taraf peralatan dan melindungi diri daripada ancaman mahluk yang buas.

Kini anda boleh dapatkan dengan harga serendah RM40.80 sahaja di Steam.

6. STARWARS Battlefront II – RM39.75

Sumber Gambar: Origin

Buat peminat filem Star wars, inilah peluang anda untuk memainkan watak kegemaran seperti Darth Vader, Luke Skywalker, Han Solo dan sebagainya. Bahkan, anda juga boleh menerokai persekitaran dunia sci-fi seperti di dalam tayangan filemnya. Terdapat juga kempen yang disediakan buat pemain menyelami plot cerita dengan lebih dekat.

Untuk menambahkan lagi keseronokan bersamanya, ia hadir dengan mod multiplayer yang membolehkan pemain bersaing bersama pemain di seluruh dunia di dalam arena untuk mencapai objektif dalam masa yang ditetapkan. Pihak pembangun turut bermurah hati memberikan pelbagai ganjaran serta kosmetik karakter buat pemain di luar sana.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan permainan STARWARS Battlefront II, ia tealh dijual dengan harga bermula RM39.75 sahaja.

Kini anda boleh memiliki permainan berbaloi di Steam yang ditawarkan dengan potongan harga mampu milik dalam tempoh yang terhad. Dengan pembelian permainan secara sah, anda juga boleh menyokong pihak pembangun untuk menawarkan permainan serta konten ekslusif pada masa kelak.

Tahukah anda item kosmetik CSGO yang paling mahal sudah mencecah jutaan ringgit? Klik pautan di bawah untuk melihat senarai penuh. 

6 Item Kosmetik CSGO Yang Menjadi Rebutan Dan Paling Mahal Di Dunia

6 Item Kosmetik Watak Dota 2 Termahal Di Pasaran Pada Hari Ini

Sumber