Sejak akhir-akhir ini, dapat dilihat semakin banyak model yang dilancarkan di pasaran tidak mengira kategori mid-range mahupun flagship. Lambakan model ini sekaligus membuatkan para pembeli semakin sukar membuat pilihan.
Dalam pada itu, pada kali ini kami ingin kongsikan lima perkara yang perlu pembeli kenal pasti sebelum mendapatkan telefon pintar terbaik serta menepati kriteria pengguna.
1. Kamera yang berkualiti
Kamera menjadi salah satu komponen yang penting dalam pemilihan telefon pintar pada masa kini. Kehadiran teknologi kamera yang semakin canggih membolehkan pengguna menghasilkan gambar dan video seakan professional.
Ditambah pula dengan era di mana orang ramai berpeluang menjadi content creator, pastinya kualiti kamera dan video yang tinggi antara yang didambakan.
2. Cip pemprosesan yang berkuasa tinggi
Cip pemprosesan memainkan peranan penting dalam memberikan kepuasan kepada pengguna dalam meningkatkan produktiviti harian. Hal ini membolehkan pengguna berpeluang menggunakan telefon pintar tanpa mengalami masalah melibatkan lag sepanjang menggunakan telefon pintar serta sewaktu menukar aplikasi.
3. Paparan yang jelas dan terang
Setiap hari kita pasti akan melihat skrin telefon walaupun dalam tempoh yang singkat. Paparan yang cantik dapat memberikan kesan visual yang sedap dipandang.
Skrin AMOLED menjadi pilihan bagi peminat konten di telefon pintar untuk menikmati warna yang terang dan lebih realistik. Selain itu, paparan yang jelas membolehkan anda menyunting gambar dan video seperti professional berikutan warna yang dipaparkan lebih tepat.
4. Jangka hayat bateri yang panjang
Kapasiti bateri yang besar juga diperlukan pada saat ini disebabkan orang awam akan lebih guna telefon pintar untuk pelbagai tujuan. Penggunaan hotspot mahupun aplikasi seperti Google Maps pada satu jangka masa mampu memakan bateri yang sangat drastik pada kegunaan seharian.
Jika bateri yang ditawarkan mampu beroperasi secara efisien, pasti memberikan screen on time (SOT) yang lebih panjang dalam menjalankan aktiviti seharian.
5. Rekaan yang moden serta ringan
Menerusi pelbagai rekaan telefon yang ditawarkan, orang awam khususnya lebih gemar dengan rekaan yang lebih minimalis dan nipis. Bentuk rekaan harus selesa untuk dipegang oleh tangan.
Sesetengah telefon pintar terkadang tidak selesa untuk kegunaan jangka masa panjang. Penawaran rekaan yang kompak sangat pratikal bagi semua peringkat umur.
6. Harga mengikut budget
Perkara paling penting dalam mendapatkan telefon pintar sudah pastinya harga. Hal ini berikutan anda membayar lebih dalam mendapatkan telefon pintar dengan fungsi yang tidak anda gunakan sebaiknya.
Sebaiknya adalah anda tetapkan budget anda dan barulah dapatkan telefon pintar mengikut kriteri yang ditetapkan mengikut prioriti. Sebagai contoh, sekiranya anda merupakan seorang gamer, mendapatkan telefon pintar gaming antara pilihan terbaik. Situasi yang hampir sama sekiranya anda merupakan seorang yang mementingkan kualiti gambar daripada gambar yang diambil.
Menerusi perkongsian yang dibuat, kami harap dapat memberi pencerahan kepada anda dalam mendapatkan telefon pintar yang berbaloi mengikut ciri yang dimahukan.
Ini tutorial untuk anda menyemak keputusan SPM 2020 secara dalam talian dan SMS pada pautan dibawah.
Cara-Cara Semak Keputusan SPM 2020 Secara Dalam Talian Dan SMS
5 ‘Smart Band’ Di Bawah RM200 Untuk Bantu Anda Bersenam Di Rumah Sempena Musim PKP