Laptop memang sudah mempunyai sistem penyejukan tersendiri. Akan tetapi, terkadang ia juga tidak mampu membuatkan laptop itu sejuk sehingga perlu dibantu dengan laptop cooler. Laptop cooler berbaloi boleh digunakan untuk pelbagai tujuan seharian anda.

Selain dapat memastikan suhu yang ideal pada laptop tersebut, perkakasan dalaman juga lebih terjamin untuk beroperasi lebih lama dan memanjang jangka hayatnya sekaligus. Berikut merupakan enam pilihan laptop cooler berbaloi yang boleh didapatkan dengan harga serendah RM17.90 di Shopee.

1. Cooling Fan Series 3 COOLCOLD

laptop cooler berbaloi
Sumber Gambar: Shopee

Pertama sekali, anda boleh mendapatkan sebuah cooling fan yang hanya perlu diletakkan pada bahagian aliran udara di laptop anda. Kipasnya pula berupaya menghasilkan kelajuan daripada 1,500 RPM sehingga 3,000 RPM untuk menyejukkan serta menyerap haba panas yang dihasilkan sewaktu menjalankan perisian yang berat atau pun bermain games.

Terdapat sebanyak empat mod yang boleh dipilih untuk melaraskan kelajuan kipas tersebut. Malah, bunyi yang dihasilkan juga sangatlah minimal sehingga tidak kedengaran sewaktu ia beroperasi. Akan tetapi, rekaannya pula agak besar dan berat membuatkan ia tidak sesuai digunakan jika anda sering bergerak ke lokasi berbeza.

Kini anda boleh dapatkan laptop cooler ini dengan harga serendah RM17.99 sahaja di Shopee.

Beli Sekarang Cooling Fan Series 3 COOLCOLD

2. RSS Laptop Cooling USB Big Fan

laptop cooler terbaik
Sumber Gambar: Shopee

Selain itu, terdapat sebuah laptop cooler yang sesuai digunakan untuk pelbagai saiz laptop dan mudah dibawa ke mana-mana. Kipas ini boleh menampung laptop yang bersaiz 14-inci sehingga 15-inci dengan baik. Terdapat dua kipas besar yang sedia menyejukkan bahagian laptop anda dengan lebih bagus.

Kipasnya juga tidak menghasilkan bunyi yang kuat lantas ia sesuai digunakan di dalam persekitaran yang terbuka. Anda juga boleh melaraskan ketinggian dengan menggunakan penahan yang terletak di bahagian belakang laptop cooler tersebut. Selain itu, ia boleh berputar sekitar 1,000 pusingan setiap minit.

Sekiranya anda berminat dengan laptop cooler yang minimalis dan berfungsi dengan baik, model ini sedia ditawarkan dengan harga RM23.88 sahaja di Shopee.

Beli Sekarang RSS Laptop Cooling USB Big Fan

3. HGV Laptop Cooler Slim

Sumber Gambar: Shopee

Laptop cooler keluaran HGV ini juga antara pilihan ramai kerana rekaan tampak premium dan juga praktikal digunakan.  Laptop cooler ini ini sangat praktikal untuk mereka yang mempunyai laptop sebesar 12-inci sehingga 17-inci dan boleh menyejukkannya dengan baik dengan adanya kipas besar yang boleh beroperasi dengan kelajuan 1,400 RPM.

Walaupun kipas besarnya sedia beroperasi dengan pantas, ia hanya menghasilkan bunyi yang sangat minimal. Terdapat enam pelarasan ketinggian laptop yang boleh dibuat mengikut keselesaan untuk jangka masa panjang. Anda juga boleh menikmati dua port USB tambahan untuk pengecasan dan sambungan kepada peranti tambahan.

Laptop cooler tampak premium dan sesuai digunakan oleh pelbagai saiz laptop ini boleh didapatkan dengan harga RM75.84 sahaja di Shopee.

Beli Sekarang HGV Laptop Cooler Slim

4. Gaming Laptop Cooler Fan K9

laptop cooler berbaloi
Sumber Gambar: Shopee

Bila sebut gaming, anda boleh menjangkakan pretasi yang cukup padu sedia ditawarkan seperti laptop cooler ini. Model K9 ini diperbuat daripada plastik dan iron mesh yang kukuh untuk digunakan oleh laptop bersaiz 17-inci dan ke bawah. Rekaannya pula menampikan ciri gaming seperti lampu RGB pada bahagian sisinya.

Terdapat enam buah kipas pantas yang disertakan padanya untuk memastikan penyejukkan 360° secara menyeluruh serta pengaliran haba yang efektif bagi pengalaman permainan yang lancar sepanjang masa. Menariknya, terdapat juga satu port USB tambahan serta tempat letak telefon pintar yang boleh digunakan.

Buat anda yang mahukan prestasi permainan yang baik, kipas ini memang pilihan yang sesuai yang mana sedia ditawarkan dengan harga RM88.68 melalui Shopee.

Beli Sekarang Gaming Laptop Cooler Fan K9

5. Cooler Master Ergostand 4

Sumber Gambar: Shopee

Antara jenama yang dipercayai dalam menawarkan laptop cooler terbaik sudah semestinya Cooler Master. Model ini hadir dengan bahan binaan yang diperbuat daripada plastik, metal mesh dan getah yang berkualiti tinggi untuk ketahanan jangka masa panjang. Kipasnya pula boleh beroperasi dengan kelajuan sekitar 700 RPM sehingga 1,400 RPM.

Terdapat empat pelarasan ketinggian yang boleh dibuat secara manual mengikut keselesaan masing-masing. Menariknya, model ini hadir dengan sejumlah port serta sambungan yang memudahkan para pengguna membuat pelbagai perkara seperti pemindahan fail dan sebagainya dalam satu-satu masa.

Jika anda mahukan laptop cooler keluaran Cooler Master ini, kini ia dijual dengan harga RM128 di Shopee.

Beli Sekarang Cooler Master Ergostand 4

6. IETS Gaming Laptop Cooler GT300

Sumber Gambar: Shopee

Model terakhir adalah senarai kami adalah model yang cukup popular ketika ini dalam kalangan pengguna iaitu IETS Gaming Laptop Cooler GT300. Laptop cooler ini mempunyai beberapa ciri menarik seperti pengawal haba, penapis khas yang boleh menghalang habuk kecil memasuki ruangan aliran udara laptop dan penahan yang kukuh.

Dua bilah kipasnya yang cukup berkuasa tinggi ini mampu menghasilkan 4,500 RPM untuk menyejukkan laptop serta menggurangkan haba untuk tempoh masa panjang. Terdapat juga pelarasan kelajuan ketinggian yang boleh dibuat untuk memberi keselesaan sewaktu menggunakannya. Laptop cooler ini boleh menampung laptop bersaiz 14-inci sehingga 17-inci.

IETS Gaming Laptop Cooler GT300 ini boleh didapatkan pada harga RM159 sahaja menerusi Shopee hari ini.

Beli Sekarang IETS Gaming Laptop Cooler GT300

Jika dilihat daripada kesemua laptop cooler yang disenaraikan, model keluaran HGV mempunyai ciri yang praktikal untuk digunakan seharian dan mudah dibawa ke mana-mana. Kipas pula boleh beroperasi secara senyap serta boleh dilaraskan mengikut keperluan anda.

Setiap laptop cooler berbaloi ini boleh memenuhi keperluan yang berbeza di mana seperti gaming memerlukan kipas yang lebih kuat dalam masa yang sama menghasilkan bunyi yang kuat. Semoga dengan senarai ini dapat memudahkan pemilihan laptop cooler mengikut citarasa dan bajet masing-masing.

Sementara itu, anda juga mungkin sedang mencari laptop gaming yang padu dengan harga berpatutan. Boleh klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

5 Laptop Gaming Berkuasa Tinggi Yang Berbaloi Anda Boleh Dapatkan Di Shopee

6 Projektor Mini Terbaik Dan Berbaloi Yang Boleh Anda Dapatkan Di Shopee

Sumber